ramai peniaga kek lapis sarawak mengalami kerugian ketika ini..stok-stok jualan mereka terpaksa dibuang...begitu juga dengan sifu-sifu baker's..nampaknya butter nih masuk tong sampah lerr....
aku penah nengok butter nih kat pasaraya...tin kecik tuh ajer harganye berbelas-belas gak la..
kepada korang termasuk diri aku jugak..berhati-hati...kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita kan...renung-renungkan & selamat beramal..
Nota Hati: jenuh plak lepas nih nak selidik berteleku depan rak pasaraya check setiap product.. ;)
Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf secara terbuka.
AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)
BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.
Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.
“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”
“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.
“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan. Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.
Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.
Noradila di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Seorang wanita yang sarat mengandung enam bulan didakwa di Mahkamah Majistret di sini, semalam kerana mengambil dadah jenis Methamphetamine di rumahnya di Jalan Pasir Panjang, di sini.
Noradila Arifin, 30, yang sedang mengandung anak ketiganya, disahkan positif syabu dan didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (Pindaan 2002) yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak lebih tiga bulan dan denda tidak lebih RM5,000.
Tiada pengakuan daripada ibu dua anak itu direkodkan ketika pendakwaan dijalankan Inspektor Ngiam Ooi Ming di hadapan Majistret Noradila Ab Latif dan tertuduh mengangguk faham pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Noradila kemudian membenarkan jaminan RM1,300 dan menetapkan 2 Ogos depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia. Sehingga jam 3 petang semalam, tertuduh belum membayar jaminan dan jika tiada penjamin, dia akan ditahan di Penjara Wanita Pengkalan Chepa, Kelantan.
Mengikut fakta kes, tertuduh ditahan bersama suaminya berusia 32 tahun di rumah mereka di Jalan Pasir Panjang kira-kira jam 5.32 petang kelmarin selepas sepasukan 11 anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Kuala Terengganu melakukan serbuan ke rumah itu hasil maklumat awam.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid ketika ditemui di pejabatnya berkata, ujian air kencing dijalankan terhadap suami tertuduh disahkan positif syabu dan pil kuda.
“Suaminya mengambil sebiji pil kuda setiap hari dengan anggaran perbelanjaan RM30 sehari, manakala isterinya ketagih syabu dan membelanjakan kira-kira RM400 sehari untuk mengambil dadah itu," katanya. ~ sumber BH 01072011