Thursday, March 21, 2013

Pameran Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Peringkat Kebangsaan 2013

Pameran yang berlangsung pada 8 Mac 2013 aritu..baru kini aku sempat nak tempek...ya ampunnn!

Ok jom kita kongsi-kongsi illimiah sikit mengenai pameran ini yea anak-anak...selain dari mencuci-cuci mata tuh elok jugak kita mengetahui apa itu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti atau dikenali singkatannya PDK

Pameran ini diadakan depan opis kan..harus arr terjah...jalan kaki jer..secoit dah sampei...tak dan berpeluh keti pun...itupun aku ronda lepas waktu pejabat...so boleh berlenggang-lenggang sikit tak yah nak kejor masa.

Pameran ini adalah anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia

Ramai ingin tahu apa itu Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan fungsi-fungsinya kan...*baca dibawah nie

Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) merupakan salah satu program yang melibatkan
pembabitan secara aktif ibubapa / penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya dan komuniti
setempat untuk membantu orang kurang upaya hidup berdikari dan diintegrasikan dalam masyarakat.
Program ini diuruskan oleh Jawatankuasa PDK yang dilantik melalui persetujuan bersama antara
Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia dalam komuniti setempat. Ianya dianggotai oleh
ibubapa/penjaga ahli keluarga golongan kurang upaya, pemimpin setempat, komuniti yang
berminat dan penasihat bagi Jawatankuasa PDK ialah Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah dengan
dibantu oleh Pegawai dari Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan (Pendidikan Khas).
Bagi orang ramai yang berminat untuk menyumbang tenaga, idea dan kewangan bolehlah melibatkan
diri secara aktif di dalam program-program yang dijalankan oleh PDK yang berhampiran.
Selain daripada itu, orang ramai juga digalakkan bekerjasama dengan ahli-ahli Jawatankuasa PDK
bagi meningkatkan lagi keberkesanan program pemulihan di PDK melalui perkongsian maklumat, idea
dan lain-lain.

SYARAT-SYARAT KEMASUKKAN KE PDK.
 
Bagi ibubapa / penjaga yang berminat untuk memasukkan anak-anak kurang upaya ke PDK
perlu mendaftar kecacatan anak di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang berhampiran.
Kemudian, boleh terus mendaftar dengan PDK yang berdekatan dengan tempat tinggal
kanak-kanak kurang upaya. Kemasukan ke PDK tiada had umur. Walau bagaimanapun,
kanak-kanak kurang upaya ini yang dipilih selalunya bersikap kebudak-budakan, walaupun
telah berumur melebihi 18 tahun dan terencat akal. Bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan
dan pendengaran boleh terus mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.
 


Sumber: Jabatan Kebajikan Masyarakat.





.




korang boleh melayari untuk mengetahui skop meluas mengenai PDK click DISINI







sepanjang dataran ini didirikan khemah-khemah menempatkan booth penyertaan dari negeri memasing..

jom kita singgah-singgah jenguk-jenguk apa yang ada pada booth dorang...

layanazzzzz...

 Kelantan 

Produk-produk yang dihasilkan turut dipamerkan dan untuk jualan jugak..

okeh nampak itu ayat produk tunjuk langit....boleh plak kawan aku cakap..elok makan tuh masa malam minggu lepas tuh leh gie tunjuk langit gie clubbing....saturday night fever kekdahnya......hampehgas tui!! hahahaha

Kedah
Perlis..

Negeri Sembilan

Digarhayuku..Pahang Darul Makmur  ;)

sodap nih wat sambal tempoyak...


kruk krukk..ada beran mau kunyah?

Johor ..konsep Taman, Bunga & Herba

Booth nih kalau kaum wanita tak tau...ko gie main jejauh yerr...hahahaha :D

 bro nih walaupun dikategori OKU..tapi suara power ok...dia nyanyi Awan Nano...haibatttt!


memasing menunggu cabutan nombor bertuah...

setiap pembelian dari mana-mana booth akan diberikan satu 'tiket' untuk cabutan bertuah...manatau ko beli kepok 10 hengget....sedap jer ko ngap-ngap cicah sos....tup-tup nama ko disebut naik dapat hadiah keta...haaaaa sapa nk jawab tuh...pitam jap rasanya...



aku suka bunge gayak gini...dah lama idamkan...tapi mandangkan umah melangit tuh merisau aku...dibuatnya angin ribut hujan lebat...bantainya goyang-goyang inul pasu nih....melayang kedebuk kene orang bawah yg tengah lalu....

Tak pasal-pasal berlekuk kepala hamba allah tuh..... jangan niaya orang okeh...not good!


buah nih kalau ko tanya apa nama nya....aku lekuk 3 kali...tanya lagi kat mana ada buah nih...aku sekeh-sekeh sampai ko tak tanya dah soklan sengal lagikk.... da da pi main jejauhhh... :P

Melaka 





pegaga yang subur menyubur..

nengok kaki yang bersilang panggung belakang tuh...itu tandanya tokey kebun pegaga...hanya tokey jer leh wat aksi camtuh...kalau pekerja wat aksi gayak gitu...tak lama ko kene balik nepal..

kraftangan hasil dari kerastangan

sayuran yang ditanam sistem organik...boleh diperatikkan dirumah...cuma rajin ngan idak je ko nak buat


hadiah bonanza wahh kata ko kan..untuk lucky draw....belakang kat dalam khemah tuh hadiah-hadiah kecil-kecilan...cam toaster rice cooker etc...

so hadiah-hadiah hebat kasi display kat depan...kasi orang teruja sikit

Teganu kita


hasil produk dari Terengganu....memang terkenal dengan batiknya..dan jugak cenderahati dari laut




Sabah ba.....terkenal dengan mutiaranya dan kraftangan yg ala-ala kristal..


cabutan bertuah untuk tempat ke-2...

booth seorang pelukis....aku pasan bro nie ada kedai kat central market sana (CM)...tapi aku lupa namanya

tau arr PM kita Fan MU... :P


pencinta orkid tetap dengan orkidnya..:D

 labu sayong yang telah dinaiktarafkan...hehehehe..cantikkan

 my feveret


aku suka bekasnya...


tudung saji pun telah dinaiktaraf....kira kalau ko angkat tudung saji...dalamnya tak ada lauk terhidang pun terasa nak marah tak bape nak jadik marah arrr...sebab rupa paras tudung saji jer dah 'sejukkan' hati...

kaum suami sila jangan ambil hati..ini trick tandanya isteri kamu ingin 'bercuti' dari memasak....hahahahaha


Hadiah Utama...tak ada rezeki lagik nak menang kereta...hukhukhuk :'(



Nota Hati: Didalam kekurangan seseorang itu terselindung kelebihannya :)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...