Thursday, December 30, 2010

AZWAN ISMAIL.....Gay yang mencetuskan kontroversi panas...

Klip video jurutera mengaku gay dipadam

KUALA LUMPUR: Selepas dikecam hebat pelbagai pihak, laman blog kontroversi yang menyiarkan rakaman video pengakuan gay seorang jurutera Islam mengalah dan memadamkan klip video itu kononnya atas faktor keselamatan lelaki terbabit.

Dalam posting terbaru laman terbabit, moderator blog itu menjelaskan klip video itu dipadam kerana bimbang tindakan pihak berkuasa ke atas lelaki itu.


“Kami memutuskan untuk menurunkan video ‘Saya gay, Saya OK’ demi keselamatan kerana nyawanya (lelaki terbabit) diancam pelbagai komen dan blog dan pihak berkuasa keagamaan dilaporkan hendak mengambil tindakan ke atasnya,” kata moderator blog itu.

Bagaimanapun, dalam posting sama, moderator blog itu berkeras akan empertahankan hak golongan yang bernafsu songsang seperti gay dan lesbian.


Sementara itu, pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan belum menerima laporan atau aduan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkenaan laman blog terbabit.


Menurut kenyataan media yang dikeluarkan SKMM kepada Harian Metro semalam, pihak berkuasa boleh memohon kepada SKMM untuk meminta pihak pemberi perkhidmatan Internet menyekat laman web itu daripada diakses pengguna di Malaysia jika didapati melanggar undang-undang negara di bawah Seksyen 263(2) Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Setiap laman web tertakluk kepada undang-undang negara dan untuk kesalahan menghina agama, peruntukan undang-undang yang boleh diguna pakai ialah Kanun Keseksaan dan enakmen jenayah Syariah Negeri yang dikuatkuasakan Jabatan Agama Islam bagi negeri berkenaan,” katanya.


SKMM menyeru semua pengguna siber bersikap lebih rasional dan bijak memanfaatkan kemudahan seperti Internet serta berkongsi maklumat dan informasi yang baik dan positif.

Kredit by: HM30122010.

p/s: Isu ini dah lama tersebar di internet....aku rasa korang semua dah tengok video si gay nie kan....semua orang marah malah mengutuk2.....ulama-ulama pun geleng kepala dengar stekmen mamat nih...tuh la masa buat stekmen tak beringat....bila dah jadik begini baru gelabah...apa punya orang dah!!..."saya gay..saya ok"..bila dah mati..sendirik fikirlah!!

Sapa-sapa yg lom tengok video itu korang google jer la nama dia..*itupun kalau ado laie

Nota Hati: Kita kian hampir penghujung kehidupan...renung-renungkan selamat beramal..

1 comment:

Anonymous said...

Thats so narrow minded of you. Some people are born gay, secara fitrah dan naluri. Tapi ramai yang ingin berubah, mereka perlukan sokongan anda. Jangan hina dorang, tapi cuba apa yang anda mampu. Please malaysian, Islam tu agama yang indah, penuh santun, bukannya agama yang hateful, bash dan caci maki bukan amalan kita sebagai muslim. Allahuallam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...