Sunday, July 31, 2011

Hero Harimau Malaya..Khairul Fahmi Che Mat Putus Tunang...

Metro Ahad hari ini mengegarkan Malaysia dengan pengumuman rasmi daripada penjaga gol Malaysia, Khairul Fahmi Che Mat mengenai krisis hubungan pertunangannya bersama Elia. @ jejariruncing. Ikuti laporan asal daripada Metro ahad selepas ini.

Saya tahu cerita mengenai saya bersama wanita lain tersebar luas dalam pelbagai laman web dan blog. Begitupun, saya ingin menjelaskan semua itu tidak benar. Saya bukan kaki perempuan atau ‘playboy’. Semua itu adalah tuduhan yang tidak berasas.

Kerana isu berkenaan, hubungan saya dengan Elia (tunang) semakin renggang. Malah, sejak ia menjadi lebih teruk, Elia memberitahu saya dia mendengar cerita kononnya saya berjumpa seorang wanita lain di luar dan berpimpin tangan. Selain itu, beberapa gambar wanita lain turut tersebar di Internet dan ia dikaitkan dengan saya. Dalam banyak-banyak gambar, hanya beberapa yang saya kenal. Antaranya ialah Dahlia.

Namun, Dahlia bukan kekasih saya seperti didakwa ramai pihak. Dia sekadar kawan dan kami juga tinggal sekampung (di Kelantan). Malah, saya juga rapat dengan keluarganya. Hubungan saya dengan Dahlia tidak lebih sebagai seorang abang dengan adik, lebih-lebih lagi dia masih berusia belasan tahun.

Dahlia yang digembar gemburkan itu..

Kini, selepas berfikir panjang dan berbincang dengan keluarga, saya mengambil keputusan yang saya rasakan sesuai bagi menjaga hati semua pihak iaitu memutuskan tali pertunangan kami. Saya yakin, ini keputusan tepat dan saya juga sudah berbincang dengan Elia. Namun, dia tidak pasti mahu menerimanya atau tidak. Bagaimanapun, saya pasti ini keputusan terbaik untuk membersihkan nama semua pihak terbabit.

Keputusan yang saya ambil bukan kerana mahu mengambil jalan mudah. Saya sudah fikir masak-masak dan ia untuk kebaikan bersama. Tidak lama lagi, perkara ini akan diselesaikan oleh keluarga saya apabila mereka berjumpa keluarga Elia.

Saya ingin tegaskan, keputusan ini tiada kaitan dengan orang ketiga. Saya tahu pasti akan ada cerita tidak enak apabila kenyataan ini dibaca oleh masyarakat. Suka atau tidak, saya perlu berdepan semua kritikan demi membela semua orang yang saya sayangi.

p/s: ape pun keputusan KFCM..diharap semua pihak redha jer la..kita doakan yang terbaik untuk mereka..kalau ad ajodoh ada la..jika tidak...anggplah tiada jodoh..

ok nih cerita lain plak...salah seorang peminat KFCM ;) Apa-apapun aku tabik kat Nora Danish sebab dia turun padang semasa Malaysia vs Singapore aritu...dia kan peminat KFCM..masa Suzuki game dulu pun siap bg sokongan padu gitu....ai loike!

menchomel jer nora nih kan..

Kredit: HM 31072011

Nota Hati: mesti ramai tersonyum aweks sana..

Saturday, July 30, 2011

Mohd Ashraf Hafiz @ Aleesha Farhana meninggal dunia....al-fatihah

Lelaki gagal tukar nama kepada perempuan meninggal dunia.
Awal mei yang lalu..negara digemparkan dengan kes ini..walauapapun berlaku..marilah kita sedekahkan al-fatihah..

KUALA TERENGGANU 30 Julai – Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi.

Beliau dimasukkan ke hospital itu 3 pagi semalam setelah mengalami masalah jantung dan tekanan darah rendah.

Bapanya, Abdul Aziz Ahmad, 60, ketika dihubungi berkata, jenazah anaknya itu dijangka dikebumikan selepas waktu Zohor.

Katanya, beliau menunggu kepulangan anggota keluarga yang lain untuk membincangkan di mana jenazah allahyarham akan dikebumikan.

Semalam beliau berkata, doktor mengesahkan anaknya mengalami serangan jantung yang tidak stabil atau ”unstable angina with cardiogenic shock”.

Katanya, Mohd Ashraf Hafiz, 25, sebelum ini mengalami kemurungan selepas permohonan yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu untuk menukar kepada nama wanita, ditolak pada 18 Julai lalu.

Mohd Ashraf Hafiz yang berasal dari Seberang Takir, di sini, memohon untuk menukar nama di dalam MyKadnya kepada Aleesha Farhana Abdul Aziz setelah beliau melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand dua tahun lalu. – Bernama

Kredit: UM 30072011

Nota Hati: Dia Maha Mengetahui..semoga rohnya dicucuri rahmat..

Friday, July 29, 2011

Potluck sempena nyambut puasa katanya....bab makan mestilah besttt woo

Hari nie adalah minggu terakhir sebelum datangnya ramadhan minggu depan..insy'allah jika ditetapkan..kita akan mula berpuasa pada hari Isnin... ;)

seperti dijanjikan kami-kami jiran sepakat membawa berkat memasing...semuanya dari dapur rumah sendiri...

aku amek cater untuk masak rendang ayam..yumii yumii

sambil merendang...sambil nengok bola (malaysia vs singapore)..malaysia walaupun kalah..ianya takan mengugat ketidakstabilan mental dan jiwa aku ke hapa...rendang aku tetap menjadi..hahahahahha*keji

sekuali aku merendang..ayam 2 ekor setengah...motip part setengah?...hikhikhik

taraaaa...kol 6 pagi gigih bangun ke dapur...panaskan lagu rendang mau kuahnya kering sikit..aku tak suka rendang kering-kering sangat...sedap moist-moist gitu..serdak-serdak itu yang sedap

dessert yang enak hasil dari ciptaan my fren Sue...2 jenis perisa...pilih mana satu idaman hati..aku kebas dua-dua sekalik.. :P


ada mee goreng, sayur lodeh, ketupat, rendang ayam, kuih muih, pelbagai jenis kek, kepok etc..
larat tak larat jer ko nak nyuap..

caramel from diana..sedapp bangat...next leh buat lagi yeaaaa..*wink wink

kuah kacang from zila...sedap ler sebab cik asben tokey sate kannn..;)

nie ape namanya erk...sedap cuma manis..ai kureng bab-bab manis memanis nih..from nabila

makanan yang berjaya aku rembat untuk simpanan bekalan diwaktu-waktu memerlukan nanti...cayalah..lepas kol 2 sure ko melapor balik.. ;)

Nota Hati: suker rendang aku licin boliow....siap ada nak order...baik jangan order..sebab aku charge mahal ok..ekekekekeke*ayat nk lepaskan diri

Wednesday, July 27, 2011

Pelakon dicekik kekasih.....panas panas panas!!!

Pelakon dicekik kekasih

KUALA LUMPUR: Seorang pelakon drama dan filem popular berusia 25 tahun yang sering mencetuskan kontroversi antaranya penyebaran gambar intim dengan teman lelakinya di Internet membuat laporan polis mendakwa dia dicekik, ditampar dan ditumbuk teman lelakinya itu, kelmarin.

Lebih mengerikan apabila teman lelaki mangsa yang juga seorang pelakon drama bersiri Tari Kirana dan Sahara disiarkan di TV3, berusia 22 tahun itu mengugut untuk membunuhnya.

Semuanya bermula apabila pelakon wanita yang bakal muncul menerusi drama Laila Manja (TV3), memulakan kerjayanya dalam bidang model sebelum bergiat aktif dalam lakonan itu dipukul selepas terbabit dalam pertengkaran apabila mangsa menemui teman lelakinya itu sedang berdua-duaan dengan seorang wanita di dalam rumahnya.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi di rumah teman lelakinya di sebuah kondominium di Damansara, di sini, pelakon lelaki yang turut dilanda kontroversi kerana bergaduh dan mengugut membunuh wartawan tahun lalu, terkejut apabila mangsa tiba-tiba membuka pintu rumahnya.


Difahamkan, pelakon wanita terbabit mempunyai kunci pendua rumah berkenaan dan pergi ke rumah teman lelakinya itu tanpa pengetahuan pelakon lelaki berkenaan kononnya untuk membuat kejutan.

Kredit: KOSMO 27072011

Nota Hati: dah tahu sapa pelakon tuh..dah terang lagi bersuluh kannn...


Wordless Wednesday #1

Monday, July 25, 2011

[ Gambar ] Sophea Isabella...baby girl yang cute Dr Sheikh Muszaphar & Dr Harlina

Comel kan anak angkasawan kita Sheikh Dr Muszaphar & Dr Harlina nie..selamat dilahirkan pada 21.7.2011

tengok kecik-kecik dah pandai main mata yerrrr....hehehehehe..so cute

baby girl nie yang diberikan nama SOPHEA ISABELLA...lahir dengan berat 3.6 kg!!..uiii maghaikkk...sihatnya...;)

Tahniah kepada mereka berdua..semoga kehadiran ahli keluarga baru ini akan menceriakan hari-hari akan datang..

Kredit: beautifulnara

Nota Hati: kemain lebat rambutnya..

Sunday, July 24, 2011

From My Small Kitchen (FMSK) : Sambal kupang bunga kantan..


Sapa suka kupang?..angkat tangan!! tak pun kasi senyum sikit...waaaaaaaa ;)

Dah lama tak letak n3 pasal masak memasak kan...so weekend...roh memasak sudah mari..maka jadi lah sambal kupang ini...makan bersama nasi panas..ada ikan kering or ikan goreng pun dah cukup.

Kupang my feberet....rebus taruk daun kunyit pun dah sedap..makan gitu sajer...cuba lah!

Kesempatan aku pegi melaka aritu..sempat ke pantai klebang sana...sekali beli 5 kilo..cuma kali nie kupangnya tak besar-besar..sedang-sedang saja saiznya...tak kisahlah..dah suka..hentam sajer la.. kalau kt sini kupang dijual yang dah siap kopek isinya (sepeket dijual dipasar borong RM10)...kalau beli kt sana fresh-fresh lagi..manis lagik rasanya..sekilo baru RM4..murah kan ;)

Nota Hati: masak main campak-campak pun menjadik jugak kan..

Friday, July 22, 2011

[ Gambar] Perkahwinan Zul Handy Black & Fyza..

Selamat pengantin baru buat Zul Handy Black & Fyza yang selamat bergelar suami isteri pada tanggal 16.7.11.

Ramai sungguh artis berkahwin bulan julai kan...gamaknya dorang pakat nak beraya berdua tahun nie..iye la bulan depan dah start puasa kan ;)

Sapa tak kenal Zul nih?...iye si Zul yang berlakon dalam pilem Mantra tuh....sebelum ini yang bercintan cintun dengan Aida Aris (dah kawin pun)..semoga berkekalan hendaknya..aminn

jom layansss gambar2 semas amajlis dorang di Alor Setar, Kedah sana.




Perasan Fyza nie cam mix kan.. ;)

Nota Hati: Demam artis berkahwin..

Gadis OKU buang bayi....

KOTA TINGGI: Selepas menyusukan dan meletakkan bayi baru dilahirkannya di belakang rumah didiami bersama keluarga di Teluk Sengat di sini, seorang wanita orang kurang upaya (OKU) berusia 23 tahun dikatakan sanggup membuat helah mengejutkan ibunya dengan memberitahu terdengar tangisan bayi, Isnin lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.45 pagi itu, ibu wanita berkenaan panik terus mengejutkan suaminya sebelum mereka menemui bayi lelaki dipercayai baru dilahirkan dalam keadaan bogel di tepi longkang rumah mereka. Bagaimanapun, helah wanita OKU berkenaan yang mengalami kecacatan di kaki dan mata akhirnya terbongkar apabila dia ditahan polis, kira-kira jam 8 malam di rumah keluarganya selepas dipercayai terbabit melakukan perbuatan itu. Difahamkan, kejadian itu kali kedua wanita berkenaan melahirkan bayi luar nikah hasil hubungan haramnya dengan teman lelakinya warga Nepal selepas dua tahun lalu turut melahirkan bayi luar nikah hasil hubungannya dengan seorang lelaki warga Indonesia.


Menurut wanita itu, dia melahirkan bayi berkenaan seorang diri kira-kira jam 12.30 tengah malam dalam bilik tidur di rumah keluarganya.

“Ibu bapa saya tidur di bilik sebelah manakala adik bongsu pula di ruang tamu tidak menyedari kelahiran berkenaan.


“Sejurus selepas bersalin, saya sempat menyusu dan mendakap bayi saya sebelum senyap-senyap keluar ke belakang rumah lalu meletakkan bayi itu di tepi longkang rumah,” katanya, semalam.


Difahamkan, ketika ditemui, bayi berkenaan masih bertali pusat selain dipenuhi kesan darah sebelum dihantar ke Hospital Kota Tinggi (HKT) untuk rawatan lanjut.

Menurut wanita itu, ketika polis dan kakitangan perubatan tiba di lokasi kejadian, dia yang memakai jean turut membantu membersihkan semut pada muka bayinya itu.


“Keluarga tidak mengetahui saya hamil kerana biasanya keluar rumah seawal jam 5 pagi untuk bekerja di sebuah kilang di Ulu Tiram sebelum pulang pada lewat malam.

“Pada masa sama, saya turut memakai pakaian bersaiz besar bagi mengelak tembelang hamil anak luar nikah diketahui keluarga,” katanya.


Katanya, ini kali kedua dia melahirkan anak luar nikah hasil hubungan dengan teman lelakinya warga Nepal manakala anak luar nikah pertamanya lahir hasil hubungan dengan seorang lelaki warga Indonesia diserahkan kepada satu keluarga untuk dipelihara.


Pengarah HKT, Dr Maslina Yusof ketika ditemui mengesahkan bayi itu dilaporkan dalam keadaan sihat dan diberi rawatan antibiotik bagi mengelak sebarang jangkitan.


“Bayi lelaki berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas rawatan selesai,” katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot ketika dihubungi mengesahkan penahanan wanita berkenaan.


“Wanita terbabit direman empat hari hingga Ahad ini dan sudah dihantar ke HKT untuk rawatan perubatan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan,” katanya.

Kredit: HarianMetro 22072011

Nota Hati: sendiri mencari penyakit namanya nie..

Thursday, July 21, 2011

Bila harimau mengamuk di kampung...


SEEKOR harimau bintang menyerang seorang pegawai hutan di sebuah rumah tinggal di Kampung Prakash Nagar, India kelmarin.

KAMPUNG PRAKASH NAGAR, India - Seekor harimau bintang seberat 90 kilogram melompat ke arah belakang seorang pegawai jabatan perhutanan di sini kelmarin.

Sebelum ini harimau itu sudah mencederakan lima orang selepas haiwan tersebut tersesat memasuki sebuah kampung dari taman negara berdekatan.

Pegawai itu cedera namun seorang pegawai perhutanan berjaya menembak ubat pelali ke atas haiwan itu menyebabkan ia lemah sekali gus dapat ditangkap dengan mudah oleh tiga anggota polis yang bersenjatakan pistol dan baton.

Sejumlah penduduk kampung menyaksikan detik-detik cemas itu.

Harimau itu dibawa ke sebuah pusat haiwan di Sukna tetapi ia mati akibat kecederaan.

Sebelum pegawai hutan itu dicederakan, haiwan berkenaan mencederakan lima orang lagi semasa penduduk kampung cuba mengejar untuk menangkapnya. - Agensi

Kredit: KOSMO 21072011

Nota Hati: uiii..dasat bertengek rimau kt belakang tuh...tabik spring pada photographernya...

Wednesday, July 20, 2011

Derita kami tiada siapa yang tahu...rentetan isu tukar nama Mohd Ashraf kepada Aleesha

Derita kami tiada siapa yang tahu...itulah luahan hati seorang ibu Mohd Ashraf yang memohon permohonan pertukaran nama kepada Aleesha Farhana

Mohd Ashraf Abd Aziz aka Aleesha Farhana

KUALA TERENGGANU: “Jika kematian adalah penyelesaian, tolonglah ambil nyawanya, tapi (sebelum itu) ambil nyawa saya dan suami dulu kerana kami juga sebahagian daripada punca masalah ini,” kata ibu Mohd Ashraf Abd Aziz, 25, yang permohonannya untuk menukar nama kepada Aleesha Farhana ditolak Mahkamah Tinggi di sini, kelmarin.

Wanita berusia 50 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Mak Yah berkata, hati dia dan suami, Abd Aziz, 60, cukup terguris apabila ada pihak tergamak mendoakan kematian Mohd Ashraf seperti disebarkan melalui blog serta laman sosial di Internet.


“Ada yang menyebut lebih baik dia mati, tapi ambillah nyawa saya dan suami dulu,” katanya pada pertemuan di rumahnya di Kampung Telaga Daing dekat sini, semalam. Kelmarin, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa ketika menolak permohonan Mohd Ashraf berkata, biarpun dia sudah menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand pada 2009, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah menerima permohonannya. Dengan nada sinis Mak Yah berkata, memang mudah melemparkan pelbagai tohmahan terhadap keluarganya, tetapi tiada siapa tahu penderitaan ditanggung mereka sekeluarga.

“Cuba bayangkan jika mereka berada di tempat kami,” katanya yang mengakui dia dan suami amat tertekan dengan pandangan orang ramai yang menuduh mereka gagal menjadi ibu bapa yang baik.


“Kami sedih dengan tohmahan sesetengah pihak termasuk media apabila ada beranggapan kami membelakangkan Tuhan dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf menukar nama dan jantina dalam kad pengenalannya.


“Hakikatnya kami sekeluarga tidak pernah menyokong tindakannya dan amat terkejut bila dia membuat pembedahan menukar jantina sehingga kami pernah tidak mengakuinya anak,” katanya.

Mak Yah mengakui dia menyedari Mohd Ashraf memiliki ciri-ciri kewanitaan sejak bayi lagi, namun terkejut apabila anaknya melakukan pembedahan jantina pada 2009 dan ketika itu dia dan suami menunaikan haji di Makkah.


“Kami berada di Makkah mengerjakan haji ketika itu dan sepanjang pengetahuan kami, dia bekerja di Putrajaya,” katanya.

Menurutnya, Mohd Ashraf tidak memberitahu mereka mengenai ujian perubatan dan hormon dilakukannya di Pusat Perubatan Pantai di Kuala Lumpur dua tahun sebelum pembedahan itu.


“Disebabkan terlalu marah, kami bakar semua pakaiannya dan memberitahunya supaya jangan pulang ke rumah lagi, tetapi kami tahu dia kerap pulang, cuma bermalam di dalam keretanya tanpa masuk ke rumah,” katanya.


Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas tentera berkata, dia tidak mempunyai masalah mendisiplinkan anak, tetapi buntu menghadapi masalah membabitkan Mohd Ashraf.


“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek.


“Saya menyedari kami perlu menangani masalah ini dan bukannya berterusan menafikannya kerana kami masih mempunyai Mohd Ashraf yang lama,” katanya.


Menurutnya, masalah itu mungkin boleh dielak jika dia mendapatkan pandangan pakar mengapa Mohd Ashraf tidak mempunyai karakter lelaki ketika membesar.


“Suaranya tidak berubah menjadi garau ketika dia meningkat remaja dan gayanya berjalan juga seperti wanita, tetapi ketika itu saya tidak terlintas akan timbul masalah lebih besar,” katanya Abdul Aziz berkata, jika kesilapan membesarkan anak menjadi punca Mohd Ashraf mahu menjadi wanita, dua anak angkatnya yang lebih tua sepatutnya menghadapi masalah sama.


“Anak angkat lelaki dan perempuan saya tidak mempunyai masalah, begitu juga adik lelaki dan perempuan Ashraf,” katanya.


Meskipun mendengar mengenai kewujudan fatwa oleh Jakim yang membenarkan seseorang yang jantinanya diragukan menjalani pembedahan pertukaran jantina, Abdul Aziz berkata, dia tidak pasti bagaimana perkara itu boleh dilakukan kerana tiada garis panduan.


“Keputusan ujian perubatan menunjukkan dia mempunyai lebih banyak hormon perempuan berbanding lelaki. Bolehkah fakta ini menyokong permohonannya? Saya harap perkara seperti ini dijelaskan dengan terperinci dan layak diberikan pertimbangan,” katanya.


Mohd Ashraf pula berkata, dia menerima keputusan Mahkamah Tinggi dan akan mengemukakan rayuan.


“Selagi ada ruang mengikut peruntukan undang-undang, saya akan merayu. Orang mungkin berharap saya diam terus atau mati, tetapi saya hanya mahu menjalani kehidupan yang aman,” katanya.

Kredit: HarianMetro 20072011

Nota Hati: bimbinglah ia... :(

Tuesday, July 19, 2011

JUVANA...berakhirnya fenomena kisah Daim & Botak

korang layan Juvana tak?...malam tadi adalah finale episod Juvana yang menjadi kegilaan setiap malam Isnin...drama yang penuh trajis dan tragedi.

Kisah berkenaan tentang pelajar-pelajar di sekolah juvana dalam erti kata sekolah budak-budak bermasalah dispilin mahupun terlibat dalam kes-kes polis/mahkamah (kes-kes pesalahnya dibawah umur).


Ini adalah drama melayu yang boleh aku terima lain dari lain dari drama-drama melayu sebelum ini. Walaupun agak 'kasar' disogokkan aksi buli membuli, pergaduhan...sikap, kelakuan serta permasalahan anak-anak diperingkat umur sebegini...semuanya akan menjadi pengajaran kepada kita semua.

Korang puashati dengan endingnya?


Setelah berakhirnya konflik di sekolah itu....10 tahun kemudiannya Daim kembali ke Sekolah Wira Bakti sebagai Cikgu Daim sebagai tenaga pengajar bagi mendidik anak bangsa.


Dan yang pasti korang akan ingat dengan nama-nama Botak, Kicap, Ayam, Apek, Cikgu zakiah (satu-satunya pelakon wanita dalam drama ini), Cikgu Azmee, Cikgu Ariffin, Cikgu (warden) Raja, Tony dan lenlain...

Lagi seorang tentu korang ingat mulut budak kecik yang mengelarkan dirinya Kedah si mulut yang becok, muka berani, mulut tk adek insuran tuh kan...kira dia berani ler buli Botak tuh yang tahan aku nengok...kelako pun ada...sepeking kemain ko..loghat kedah.....uii meletop-letop ko ye dik...lakonan dari dak Fahmi ( astro ceria: putera shazlan)
lakonan dari pelajar-pelajar yang 'tiada nama' kecuali Zahiril Adzim...mereka melakonkan watak-watak dengan berkesan malah mengujakan aku. Tidak perlu nama besar mereka sudah cukup mengegarkan industri ini.

korang akan merindui mereka-mereka ini....hihihihi...ensem kan bila botak dah ada rambut...hahahahaha

Ape pun drama ini menjadi satu fenomena dalam drama bersiri yang mempunyai jutaan penonton setiap minggu. Taniah kepada pengarah, pelakon-pelakon dan team produksi drama ini!!....caya lu bro!

Nota Hati: satu fenomena yang lain dari lain..

Sunday, July 17, 2011

[ Gambar ] Majlis Pernikahan & Majlis Resepsi Nurul Syuhada (Majalah 3) & Amir

Nurul Syuhada Nurul Ain Mohd Zain...yeaaa itu nama panjangnya...seorang tapi ada 2 nama....tapi membahasakan dirinya dengan nama nurul saje...

Selamat dinikahkan pada malam tadi di The Binjai On The Park, KLCC

wahhhh orang ada-ada nih..nikah tempat grand-grand kan..kita orang-orang tak berapa nak ada nie jer nikah kat rumah takpun kat masjid... :P

Ada ongkosnya semuanya biasa diatur....ko cakap jenis nak apa..tema apa..semua disediakan oleh wedding planner tak gitu

Jom layannss gambar-gambar di majlis pernikahan & persandingan nurul dan amir..




suker nengok nurul nie sebab kecomelan dia dengan dua lesung pipitnya yang dalam itu...sekarang ni plak dia jadik model/duta untuk barangan makeup Avon...kalau nengok gambar dalam Avon..cam xcaya itu muka dia...seyess menchomel

Majlis resepsi diadakan di Sime Darby Convention Centre, KL..



Selamat pengantin baru untuk kalian..

Kredit: Ohbulan

Nota Hati: musim artis bernikah kawin...aku kan mamarazi gebuss kepochi..layan jer la..hikhik

[ Gambar ] Majlis Perkahwinan Farah AF2 & Johan di Tasik Maritim Putrajaya

Semalam dah n3 pasal..majlis pernikahan farah atas cruise..hari nie n3 majlis persandingan yang diadakan di tasik maritim putrajaya mlam tadi....

Majlis persandingan mereka yang bertemakan Love Lake Wedding...kira dalam fireworks meletop-letop malam penututp floria dia bersanding..perhhh mesti cantik permandangan waktu malam..

Jom layansss gambar-gambar persandingan mereka








suka nengok solekan farah..simple & natural...pelaminnya pun cantik...

Kredit: G.i Photoshoot, Ohbulan

Nota Hati: Next n3 pasal nikah kawin artis lagik..:P

Saturday, July 16, 2011

[ Gambar ] Pernikahan Farah AF2 Dan Johan atas Cruise Tasik Putrajaya

Selamat Pengantin Baru buat Farah AF2 dengan pasangannya Johan...mereka selamat dnikahkan pada hari ini..

Majlis akad nikah dilakukan di atas kapal..cruise tasik putrajaya...uiii kelas ko dik

memenuhi impian Farah yang inginkan ala-ala titanic katanya....

Jom layan saat indah Farah brep brep brep nih mengakhiri zaman bujangnya...

atas kapal cruise tasik putrajaya

so sweet

kini sah menjadik milik orang

semoga bahagia kekal hingga ke hujung nyawa...;)

Nak nengok video semas amajlis pernikahannya...click DISINI dan DISINI

Kredit: Ohbulan

Nota Hati:..first time nengok orang akad nikah dalam cruise..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...