Medan Selera SEROJA Presint 11 yang terletak di Kompleks Kejiranan Presint 11 telah mula beroperasi pada 3 Januari 2011 (Isnin). Sebanyak lapan (8) buah gerai makan yang menawarkan pelbagai menu yang menarik menanti anda semua untuk menjamu selera bersama sahabat dan keluarga. Menu yang disajikan seperti berikut;
1. Aroy Chua (Gerai No. 1) – Tomyam Seafood
2. The Ritz (Gerai No. 2) – Makanan Barat
3. Sup UK (Gerai No. 3) – Sup Istimewa (Sup Urat Keting UK)
3. Sup UK (Gerai No. 3) – Sup Istimewa (Sup Urat Keting UK)
4. AdDurrah (Gerai No. 4) – Sajian Mediterranean (Nasi Arab dan Kebab)
5. Lianhua (Gerai No. 5) – Masakan Cina Muslim
6. Seri Saji (Gerai No. 6) – Nasi Lemak
7. Nudalsa (Gerai No. 7) – Aneka Mee
8. Minang (Gerai No. 8) – Nasi Padang
Waktu operasi adalah dari jam 7.00 pagi hingga 12.00 malam setiap hari.
p/s: walaupun rumah aku ngan tempat ini seratus kangkang kera sekalipun..tak sampai-sampai jugak ke sini...hehehe!. Harus nk menerai gak nie...sapa yang gemar sup urat keting tuh sure 'hot'...cawangannya ada di bangi sek.7...tiap-tiap hari full..dasat-dasat penangan sup nih...sapa penah makan sup urat keting?...sedapp ke ;)
Nota Hati: minggu nie leh terjah ke sana..ai kan pencinta segala mak nenek noodle..
No comments:
Post a Comment