Monday, February 14, 2011

Bila si harimau bermata juling.....

Harimau jaguar bermata juling jadi tumpuan


SEEKOR harimau jaguar yang memiliki sepasang mata juling kini menjadi daya tarikan di Zoo Delitzscher di Jerman.


BERLIN - Seekor harimau jaguar yang mempunyai sepasang mata juling menjadi tumpuan para pengunjung Zoo Delitzscher di Jerman, lapor sebuah akhbar semalam.

Harimau jantan berusia 14 tahun itu tinggal dekat sebuah zoo di Leipzig yang turut menempatkan haiwan possum bermata juling bernama Heidi.

Jurucakap zoo tempat harimau jaguar itu dipelihara menyatakan, pihaknya tidak mengetahui kenapa ia memiliki sepasang mata juling.

"Ia amat gembira tetapi haiwan itu tidak akan dapat hidup lama dalam hutan kerana mata tersebut," katanya.

Dia menjelaskan, kesan daripada mata juling itu, haiwan tersebut tidak suka memburu dan memanjat. - Agensi

kredit by: KOSMO 14022011

p/s: so cutee..dah la bermata biru..juling lagikk....selalunya kita tengok manusia jer ada bermata juling...hah sekarang binatang pun dah terjebak sama ada bermata juling...ciannnnn...harus musuh ko nanti kompius bila bertentang mata...... ;)

Nota Hati: terima seadanya kurniaan dariNya...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...