Peluang terbaik raih emas....hari ini 17.12.2009, jam 6 petang bakal berlangsung perlawanan akhir bola sepak sukan SEA XXV...bakal menentukan emas atau perak bagi negara Malaysia.
VIENTIANE, Laos - Andai mahu menamatkan kemarau 20 tahun meraih emas acara bola sepak Sukan SEA, hari ini mungkin dianggap hari terbaik buat skuad negara bimbingan K. Rajagobal melakukannya.
Pertemuan akhir menentang Vietnam pada temasya Sukan SEA XXV di Stadium Utama, Kompleks Sukan Nasional petang ini disifatkan sebagai medan terbaik bagi anak-anak buah Rajagobal mengulangi pencapaian gemilang yang telah dijelmakan 20 tahun lalu.
Pada aksi final hari ini, Rajagobal dijangka sekali lagi memberi kepercayaan kepada penjaga gol keduanya, Ahmad Sharbinee Allawee untuk menjaga gawang negara sambil kapten, Aidil Zafuan Abdul Radzak menerajui benteng pertahanan bersama-sama Mohd. Muslim Ahmad, Mohd. Nasriq Baharom dan Mohd. Sabree Mat Abu. Safiq Rahim pula kekal menerajui bahagian tengah dengan Baddrol Bakhtiar, Ahmad Fakri Saarani, K. Gurusamy dan S. Kunanlan sementara Norshahrul Idlan Talaha bakal menerajui jentera serangan.
aku berharap biarlah kemenangan berpihak kepada negara kita...nampak nau negara ketandusan kemenangan dalam game bolasepak nie..kemarau berpanjangan sajokk kan..aku buat percaturan malaysia 3 vietnam 2 takpun malaysia 2 vietnam 1..ermmmm!!..ape mcam..hehe..kira okeyy ler tuh..2 pilihan 2 perhitungan..walaupun aku nie bukan ler fanatik bola sepak tapi bila final-final camnie keterujaan plak..yang penting sokongan buat pemain negara sendiri...cayok cayokkk!..Dan ingin sekali melihat jalur gemilang berkibar lagi..lagu Negaraku berkumandang lagi...
" Inilah barisan kita yang ikhlas berjuangggg..siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi.."..wahh lagu peniup semangat buat pemain-pemain malaysia di Vientiane, Laos!!
Nota Hati:..rasa cam pengulas sukan plak hari nie..;)
" Inilah barisan kita yang ikhlas berjuangggg..siap sedia berkorban untuk ibu pertiwi.."..wahh lagu peniup semangat buat pemain-pemain malaysia di Vientiane, Laos!!
Nota Hati:..rasa cam pengulas sukan plak hari nie..;)
No comments:
Post a Comment