Friday, October 5, 2012

Pertandingan Memasak Sempena Karnival Pancing Putrajaya 2012

 Talapia lemak pucuk gelugor

 Ikan asam pedas 1957 katanya

 Masak lemak keli belimbing negeri sembilan

 Ikan Rohu masak lemak cili padi

 Haruan lemak cili padi dengan rebung madu putrajaya

 Talapia masak lemak seri geylang

 ikan lois/emas masak lemak bersama mangga...
*satu-satunya peserta berbangsa india ok..terer masak *clap clap



 masak lemak ikan keli salai

 Talapia masak lemak cili padi

 Asam pedas utara masak keladi

 masak lemak cili padi 1Malaysia

 asam pedas jawa world

 Masak lemak ikan patin salai dengan mangga

 asam pedas mak mertua...* mesti yang masak nih menantu yang baik..hikhik

 Lampam masak lemak mak long

 Talapia berterung telunjuk sri kekwa

 Ikan keli salai dengan pisang muda

 Subarau D'Wetland

 Asam pedas bebola talapia dengan bihun
first time aku dengar nama menu nih..suatu kelainan makan ngan bihun..hurmmmm 


 Talapia Lemak Pucuk Gelugor

 masak lemak haruan dengan bacang

 Masak asam pedas lada hitam

 Masak lemak kaloi orang kampung

 Resepi Niderku...*nendakah aka nenek?

 Asam pedas talapia merah

 masak lemak sultan jelawat

 Masak lemak cili padi ikan salai mangga muda

 talapia masak lemak cili padi

Masak lemak cili padi talapia turun temurun kekdahnya...

Diatas adalah sebahagian gambar-gambar menu-menu hidangan yang telah siap dimasak...tak sempat nak snap semua...sebab aku bizi memasak



 sessi penerangan sebelum memasak


 pokcik nih mulut tak henti2 ngomel...



sebahagian dari pemenang...tahniah!!


Nota Hati:masak dengan kasih sayang

Wednesday, October 3, 2012

Karnival Pancing Putrajaya 2012:: Alhamdulillah...percubaan pertama dalam pertandingan memasak..

Pada 30.9.2012...diadakan Karnival Pancing Putrajaya 2012 bertempat sepanjang Presint 4-18...sepanjang persisir tasik putrajaya..

kepada kaki-kaki pancing...inilah masanya dorang nantikan...dengan bayaran RM10 untuk satu joran..

tapi yang aku nak kongsikan ceritakan bukan pasal pancing tapi pasal pertandingan memasak....seharusnya memasak ikan air tawar kan...

Dan aku tak sangka disaat-saat akhir pembatalkan seorang sahabat dan mengantikan aku untuk tempatnya membuahkan hasil...satu kejutan gituu*tutup muka..maluuu..hakhak

Meminjam kata-kata sahabat aku tuh..."aku tahu ko boleh buat..aku tahu masakan ko..aku tak akan rugi dan takan menyesal letak nama ko...alhamdulillah masin mulut dia..:P

Peserta diberi pilihan untuk memasak 2 menu:: Ikan Masak Asam Pedas & Masak Lemak Cili Padi.

Dan aku sewajibnya memilih masak asam pedas kan....hehehehhe

jom korang layan jer arr...

bahan-bahan semua tuh dibawa dari rumah sesiap...untuk display pun kene tunjuk...cili dah siap blen..kat situ pakai tumis jer..

Dan aku memilih untuk memasak ikan patin 

seperti yang diketahui ikan patin nih berlemak...so aku tak mahu untuk memilih masak lemak cili padi..nanti makin berlemak-lemak kuahnya...tak suka tauu :D

 taraaaa dah siap....ikan patin asam pedas + daun kesum with bendi


Cuma pertama kali dalam pertandingan sebegini..aku seharusnya tak mahir bab-bab deco...so aku dan kawan aku deco ala sempat jer..hakhakhak

rupanya deco pun ada permarkahan...adoiiyaiii

 no. 32 bawak ong...


Alhamdulillah walaupun no. 5..kira berbaloi...no. 5 dari 40 peserta okeh...

kira top 5 bawak la hadiah walaupun saguhati ...bukan duit yang aku impikan or kejar tapi minat dan kepuasan dalam memasak....i love cooking!!!

yang lain tak memenangi tuh..juz keseronokan pada diri memasing..pulang tanpa membawa pulang hadiah.. :)


para juri sedang merasai masakan aku dan diberi permarkahan...akak yang berbaju merah nih memberikan nasihat untuk aku belajar membuat deco next time...dia tahu inilah pertama kali aku join...malah dia memuji asam pedas aku..."masakan u dah sedap..u kene belajar wat deco hidangan...seminggu berapa kali u masak asam pedas?'...motip soklan tuh kan...hahahahhaha

terus aku jawab..baru malam tadi saya masak asam pedas ikan parang....dia gelak..patut arr asam pedas u sedap!!...*kembang-kembang hidong aku :D

masakan lebih sedap bila kita memasak dengan KASIH SAYANG yang dicurahkan ke dalam masakan kita..*wahhh :)

Terima kasih kepada kawan merangkap pembantu aku ketika hari kejadian ...dia pun dah menunjukkan minat yang sama dengan aku...cuba tak berani..dia bagitau nak belajar dari aku...cayokk cayokkk


Nota Hati: minat yang tinggi adalah satu kepuasan untuk diri sendiri.. :)


Wordless Wednesday::# 1/10

 Cute..





Nota Hati: agak2 muka camnie dpt mc 5 tak?..hehehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...