Showing posts with label Kelahiran. Show all posts
Showing posts with label Kelahiran. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

[ Gambar ] Kelahiran bayi yang ganjil...

Bayi ganjil seperti makhluk asing


GAMBAR menunjukkan bayi ganjil yang dilahirkan seorang ibu di sebuah hospital di Iyin Ekiti, Nigeria pada Khamis lalu.
















ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Kredit: KOSMO 17082011

Nota Hati: KuasaNya..tiada siapa mengetahui..

Monday, July 11, 2011

[ Gambar ] Baby lahir dengan berat 7.3 kg

Ibu lahir bayi 7.3kg


BAYI yang dilahirkan Janet Johnson seberat 7.3 kilogram di sebuah hospital di Longview, Texas pada Jumaat lalu.

DALLAS, Amerika Syarikat - Seorang ibu, Janet Johnson melahirkan anak lelaki menerusi pembedahan yang seberat 7.3 kilogram (kg) di sebuah hospital di Longview, Texas, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Beberapa pegawai berkata, bayi itu mungkin yang paling berat pernah dilahirkan di negeri Texas.

Ibunya tidak pernah menjangka anaknya itu terlalu berat semasa dilahirkan kerana doktor pernah memberitahu mengenai bayinya mungkin seberat 5.4kg.

Bayi yang dilahirkan pada Jumaat lalu itu merupakan anak keempat pasangan itu.

Janet sebelum ini mempunyai tiga anak perempuan berusia 18 tahun, 16 tahun dan 10 tahun.

Dia menghidap diabetes semasa melahirkan anak lelaki itu. - Agensi

Kredit: KOSMO 11072011

Nota Hati: bygkan mau dukung itu baby..;)

Monday, June 27, 2011

[ Gambar] Comel sungguh anak Jimmy Shanley...Zahrah Shanley

si comel Zahrah Shanley

Tahniah kepada Jimmy Shanley menjadi bapa kepada baby perempuan yang begitu comel...secomel namanya Zahrah Shanley... Dilahirkan pada hari jumaat yang lepas di Putra Medical Centre Sg Buloh.


Besar nanti mesti cun..nengok arr rambutnya itu..ala-ala mat salleh gitu..DNA dari jimmy kan..
Orang yang paling gembira sekarang ini adalah Jimmy Shanley...walaupun dihimpit pelbagai cerita yang kurang enak...beliau tetap sabar dan tabah demi seorang isteri dan anaknya...begitu ler nilai-nilai kasih sayang seorang ayah...tahniah sekali lagi.


Kredit: beautifulnara

Nota Hati: sekadar menumpang gembira dengan berita ini...so sweet

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...