Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H...

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah

Doa akhir tahun ~ Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib p[ada akhir bulan Zulhijjah.

Doa awal tahun ~ Dibaca selepas maghrib 3x pada malam 1 Muharam.

Saya Orchid aka Nur mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H buat semua pengunjung blog picisan ini yang mengenali mahupun silent2 reader... Semoga kita semua akan menanam azam dan muhasabah diri untuk kehidupan hari depan dan seterusnya yang lebih baik daripada hari ini dan semalam.. bersama-sama mengeratkan ukhuwah, sama-sama perbaiki mutu kehidupan kita untuk masa kini dan untuk masa-masa akan datang...aminn

NOta Hati: semoga aku diberikan kekuatan...jika itu milikku...Kau permudahkan segala2nya..amin

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...