sekian.
Kredit: Kosmo 30052011
Nota Hati: Musim orang kawen dan tunang 2 minggu nie..bersiap sedia.. :P
Esok, Sabtu 28 Mei 2011 adalah satu hari yang penting juga. Iaitu, kita di Malaysia boleh mengukur arah kiblat yang tepat pada jam kira-kira 5.16 petang. Kalau terawal dalam 15 minit atau terlewat 15 minit, masih dikira hampir-hampir tepat juga. Pada masa tersebut, kita boleh mengukur kedudukan kiblat yang tepat mengikut cahaya matahari. Peristiwa seperti ini dinamakan istiwa a'zam.RANAU: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang girang menyambut hari lahirnya kelmarin, maut selepas hampir 16 jam dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Ranau di sini, kerana dibaham anjing milik bapa saudaranya.
Cukup menyayat hati apabila mangsa, Mohd Raqib Mohd Rasli yang sebelum itu dilihat mesra bermain dengan anjing terbabit ditemui kaku di dalam longkang dalam keadaan tubuh dipenuhi darah, selain kesan gigitan haiwan itu dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi di Kampung Matan di sini.
Mangsa yang menerima lebih 50 jahitan di seluruh tubuh, meninggal dunia kira-kira jam 9.40 malam tadi.
Sebelum kejadian, dia dikatakan bermain dengan anjing milik bapa saudaranya sebelum lelaki itu meninggalkan rumah untuk menghantar seorang lagi anak saudaranya ke pekan.
Bapa saudara mangsa yang mahu dikenali Rosman, 26, berkata sebelum meninggalkan rumah, dia melihat Mohd Raqib bermain dengan anjing miliknya.
| |
| MOHD. Ashraf Hafiz Abdul Aziz bertudung seperti perempuan hadir ke mahkamah bagi memohon kebenaran untuk menukar nama kepada wanita di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, semalam. |
Hakim Datuk Mohd. Yazid Mustafa menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujah kedua-dua pihak hari ini berhubung permohonan yang dikemukakan oleh Mohd. Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25.
Mohd. Ashraf yang mengemukakan permohonan untuk menukar namanya kepada Aleesha Farhana Abd. Aziz, hadir dengan berbaju kurung merah putih dan bertudung merah jambu.
Terdahulu, peguam Horley Isaacs yang mewakili pemohon dalam hujahnya menyatakan, Mohd. Ashraf telah melakukan pembedahan menukar jantina di Thailand kira-kira dua tahun lalu setelah disahkan layak dari segi psikologi oleh Pusat Perubatan Pantai (PMC).
Menurut beliau, anak guamnya itu berhasrat menukar nama bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran.
Tambahnya, pemohon yang juga pemegang diploma dalam jurusan berkaitan perubatan itu turut mendapat sokongan penuh daripada ibu bapanya untuk berbuat demikian.
‘‘Sebelum ini, dia (Mohd. Ashraf) pernah bekerja di farmasi, tetapi sukar untuk memakai pakaian lelaki kerana sejak kecil dia lebih cenderung untuk menjadi seorang perempuan disebabkan hormon lelakinya kurang stabil,’’ katanya.
Bagaimanapun, Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar yang mewakili Ketua Pengarah Pendaftaran Malaysia pula berhujah, sifat kewanitaan yang ada pada pemohon hanyalah pada luaran dan tidak secara dalaman.
Katanya lagi, sekalipun telah membuat pembedahan, tiada laporan lengkap daripada doktor yang mengesahkan penukaran jantina pemohon berlaku seperti wanita semula jadi.
Kredit: UM 26052011
Nota Hati: renung-renungkan & selamat beramal.. ;)
ermmm...bilalah aku dapat merasai drive kan *urmmm mimpi jer la..isk isk isk
usahkan nk beli kereta sport gayak gini..nak beli sport rim cenggitu pun xmampu walaupun 10 tahun korje...haih!!
terpegun jap....si co-pilot kereta kuning tuh siap wat peace kat aku...* huhh jelesss
waaaaaaa...jatuh chenta ngan kereta silver itam itu...*berhangan jer la
abeh jer lintasan kereta2 mahal...sekali vrommmm vrommmmm..bergema-gema dari jauh...fuyooooo bergema2 telinga aku dengo deruman moto berkuasa tinggi nih...
motor dah mahal gilerr..koman-koman pun ribu2 harganya..yang atas 100k usah citer ler kan...nelan ayor liuq teman bila tahu harganya....gadai barang omeh pun lom tentu lepas nk membelinya....wakakakakaka
agak-agak BMW nih bape ler harganya erk...*ermmm.. ;)
so marilah kita jayakan Perhimpunan Sejuta Belia yang julung-julung kali diadakan ini di terajui oleh Kementerian belia & Sukan Malaysia (KBS)...minggu nie putrajaya sungguh pack setiap inci...banyak aktiviti..termasuk la futsal anjuran Kosmo...meriahhh...duit pun 'meriah' jugakk...wakakakaka
yessss..akhirnya yang diidam ado depan mato...*leh sonyum sampai telinge nih..wakakaka
ginger beef*my feberet wit rice..up dengan telo mata..sekali dia bagi 2 biji ko......terkesima jap aku orderkah sampai diletakkan 2 biji sekali?..hahhhhh lantak....bedal jerr... harga 13
jue memilih kuey teow yang penuh dengan spesis udang & kerang...pedas sikit..up dengan cili potong kicap.....harganya RM8
tempat dah gah cantik.....tapi kulit pada menu pun hidup segan mati tak mau tau...itu korang nengok luaran..lom nengok dalam..owhh sadiss...so pihak berkenaan...sila pantau buku-buku menu kay...perbaiki kelemahan walaupun ianya kecik..sebab orang luar nampak 'besar' kecacatan itu.. ;)

sekian. terima kasih.sila datang lagi...ermmm lambat lagi kut aku nak datang sini.. :P
kepermergian yang tidak diduga oleh sesiapa jua...dari Dia kita datang..kepada Dia jua kita kembali...
kesan tapak runtuhan yang mengorbankan jiwa anak-anak kecil dan penjaga....Semoga kesemua mereka ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh bersama ahli-ahli syurga.....al- fatihahTAWAU: Pelik tapi benar. Itulah yang berlaku ke atas seorang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Apas, di sini, apabila ibu kucing miliknya melahirkan anak kucing bermata satu, kelmarin.
Apa yang lebih menghairankan, kucing berkenaan tidak mempunyai hidung selain lidahnya sentiasa terkeluar.
Pemilik kucing terbabit mahu dikenali Jamal, 30, mengakui keganjilan anak kucing itu disedari sebaik dimaklumkan anaknya yang melihat ibu kucing itu melahirkan anaknya.
“Kucing berkenaan yang baru saja dilahirkan kira-kira jam 10 pagi di rumah dan menyangka anak saya bergurau apabila menyatakan anak kucing yang baru dilahirkan itu mempunyai mata satu.
“Sebaik diberitahu, saya terus melihat anak kucing itu dan terkejut apabila mendapati memang anak kucing itu pelik kerana mempunyai satu mat saja,” katanya ketika Harian Metro, semalam.
Buat masa ini, katanya, rumahnya sentiasa tidak lekang pengunjung yang mahu melihat anak kucing ganjil itu.
Kredit HM 20052011
Nota Hati: Dia Pencipta..Dia mengetahui segalanya... ;)
Dia menyerbu kafe Internet itu baru-baru ini dan menyeret anaknya di hadapan rakan-rakannya.
Seorang saksi berkata: "Dia (Tan) memukul budak itu yang menangis meminta belas kasihan. Namun, bapa budak itu mahu memberitahu semua orang bahawa anaknya tidak berguna dan menyeretnya ke rumah setelah membogelkan dia dengan kedua-dua tangannya diikat."
Dia menyatakan beberapa anggota polis tidak bertindak campur tangan walaupun selepas mereka dihubungi untuk membantu budak tersebut.
Saksi itu menjelaskan bahawa budak berkenaan didakwa mencuri wang untuk digunakan bagi melayari Internet.
Tan berkata, dia bertindak memukulnya kerana tidak mahu kehidupan dia dirosakkan oleh Internet.
Menurutnya, ibu budak itu meninggal dunia semasa dia berumur sembilan bulan.
"Saya sudah membesarkannya. Saya bekerja keras untuk membiayai keluarga," kata Tan. - Agensi
Kredit: KOSMO 09052011
Nota Hati: sapa harus disalahkan...renung-renungkan & selamat beramal..
ala-ala comeyyy nyeee...kemain muncung nyeee kan..cute jer..baby sapa nie?