Monday, April 11, 2011

[INFO] ..Bahana 'over' menguap

Tak boleh tutup mulut lepas menguap


SEBANYAK 26 batang kayu kecil dimasukkan ke dalam mulut Holly Thompson.

KINGSTHORPE, Britain - Seorang remaja perempuan berumur 17 tahun, Holly Thompson tidak dapat menutup mulut selepas dia menguap semasa berada di dalam kelas di Sekolah Perempuan Northampton di sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini, dia meminta seorang rakan menutup mulutnya tetapi apa yang berlaku ialah dia berasa sakit semasa percubaan itu dilakukan.

Holly kemudian dihantar menemui seorang jururawat sekolah tetapi dia gagal untuk menutup mulutnya walaupun air panas dan ketul ais diletakkan di bawah dagunya.

Dia kemudian dihantar ke Hospital Besar Northampton dan rahangnya terkatup semula selepas 26 batang kayu kecil mirip batang aiskrim dimasukkan ke dalam mulutnya.

Dr. Ejiro Obakponovwe memasukkan batang kayu itu yang diikat dengan pita pelekat dengan tujuan untuk menjadikan rahang Holly menjadi letih kerana gigi Holly menggigitnya buat seketika.

Doktor wanita itu menarik perlahan-lahan batang kayu tersebut sebelum dia memegang kedua-dua pipi pelajar tersebut dan menutup mulut Holly.

Pelajar itu kemudian dapat menutup semula mulutnya tanpa berasa sakit. - Agensi

Kredit: KOSMO 11042011

Nota Hati: kalau nguap bukak mulut xluas..cam xbest plak..xpueh kan..kuikui ;)

Friday, April 8, 2011

Kepemergian Yang Takan Kembali Lagi...al-fatihah

Tanggal 30hb Mac 2011...engkau telah pergi meninggalkan kami semua...pergi takan kembali...itulah qada & ketentuan seperti yang dijanjikan olehNya...tanpa kita duga diberikan masa dan waktu yang begitu berharga olehNya kepada kita semua untuk mengenali dan menyayangi ..seorang teman..seorang kawan...atau sesapa sahaja...tiada lagi peluang kedua...

hargailah masa itu...

1983 - 2011

Kami semua akan selalu merindui gelak tawanya senyumannya....dan yang pasti setiap kali bulan ramadhan...tahun ini kekosongan sebuah kerusi...

Ya Allah kami redha dengan pemergiannya..Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...Buatmu Rudi Yanto Abdullah...semoga engkau tenang disana....disamping kalangan ahli2 syurga....semoga rohmu dicucuri rahmat olehNya...aminnn...al-fatihah

Sayu terpisah
Hikayat indah kini hanya tinggal sejarah
Berhembus angin rindu
Begitu nyamannya terhidu wangian kasihmu

Hujan lebat mencurah kini
Bagaikan tiada henti
Kaulah laguku kau irama terindah
Tak lagi kudengari
Kau pergi.. pergi..

Sepi tanpa kata
Terdiam dan kaku tak daya kau kulupa
Apa pun kata mereka
Biarkan kenangan berbunga di ranting usia

(PERGI ~ AIZAT)

Nota Hati: sayangilah mereka selagi berkesempatan & diberi peluang... :(

Kembali bersiaran setelah lama bercoti-coti mesia...tungguuuu habuannya.. ;)

Hehehe...dengan jayanya aku mendapat hasil tangkapan yang begitu memberansangkan kali nie...korang teruja nk nengok ape yang aku wrapping tuh?..waitt yeaaa... ;)


Nota Hati: hati berlagu riang ria...lalallala
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...