Sunday, January 2, 2011

Bibik Indon Maut Jatuh Dari Apartment Di Presint 9, Putrajaya

PUTRAJAYA: Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang dipercayai cuba melarikan diri dari rumah majikannya maut akibat terjatuh dari tingkat 12 Pangsapuri Blok E2, Fasa 12, Presint 9, di sini.

"Mayat mangsa ditemui jam 7.30 pagi tadi oleh penduduk dalam keadaan tertiarap, di lorong belakang sebuah tadika di apartmen itu. Turut dijumpai berhampiran mayat ialah beg pakaian," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Abdul Razak Abdul Majid, berkata mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dipercayai memanjat keluar dari tingkat 12 menggunakan kain selimut malam tadi semasa majikannya tiada di rumah.

Majikan mangsa, ketika ditemui pemberita, enggan mengulas.
Kredit by: BH 02012011

Nota Hati: Macam2 hal..

Saturday, January 1, 2011

Faizal Yusof....Pelakon & ex-husband penyanyi Siti Nordiana meninggal dunia...Al-Fatihah

ketika saat-saat bahagia bergelar suami bersama isteri dan anaknya..

Rasanya korang sure kenal pelakon Faizal Yusof nih kan...ex-husband Siti Nordiana yang selalu duet ngan penyanyi acik spin tuh...

Berita yang aku terima beliau meninggal akibat serangan jantung dalam usia 33 tahun (maybe not sure) tapi kira umo cam tuh muda arr kan..Menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pusrawi KL jam 1 lebih tadi (1.1.11)...al-fatihah

Kematian tak mengenal usia...tetapi ape yang kita perhatikan sekarang....dalam usia muda ramai yang mudah mendapat serangan jantung..termasuk dahulu penyanyi fotograf si Shamrin kan..kes yang sama...so hargai lah diri kalian..sayangi jantung dan kesihatan kalian....peringatan ini juga kepada aku... :(

Nota Hati: zaman yang semakin mengecil..

Selamat Tinggal 2010...Selamat Datang 2011..Selamat Tahun Baru!!

Ada orang ucap selamat tahun baru..ada gak happy new year...tak kisah lah..maknanya sama sajer kan...

Semoga di tahun 2011....ini akan menjanjikan pencapaian terbaik dalam kehidupan dan kerjaya semoga apa yang diimpikan......kemahuan dan keinginan akan terlaksana dan tercapai hendaknya....kehidupan bersama keluarga dan tersayang dalam baik-baik.....disulami kemanisan setiap detik-detik yang dilalui...dan diberkati olehNya....aminn

Buat semua teman-teman bloggers or silent readers yang sudi menjadi tetamu di teratak ini sebagai pembaca.....pemerhati.....pengkritik.....penasihat....sokongan dari kalian amat-amatlah saya hargai kerana kalian lah yang menjadikan Orchid Beautiful terus 'bernyawa'..

Selamat tahun baru...tingkatkan produktiviti dalam apa jua yang kalian lakukan....lakukan YANG TERBAIK DARIPADA YANG TERBAIK..

Loveeee u..

Nota Hati: 2010.. kenangan pahit manis dikecapi.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...