Showing posts with label SinarFM. Show all posts
Showing posts with label SinarFM. Show all posts

Thursday, October 7, 2010

SINAR FM...kekal nombor satu..

Era duduki tempat kedua, Hot FM mengejar di tangga ketiga

RADIO Sinar FM, terus teguh mempertahankan kedudukannya sebagai stesen radio berbahasa Melayu nombor satu buat kali kedua berturut-turut dengan catatan purata 4.22 juta pendengar.
Kedudukan Sinar FM juga dilihat semakin kukuh apabila jumlah pendengarnya bertambah sebanyak 120,000 musim ini. Pada musim lalu, radio ini mengumpul 4.1 juta pendengar.

Bagi slot pagi, Sinar Pagi kelolaan Khairil Rashid atau Krill bersama-sama Raja Azura (K.E) dan Salih Yaccob (S.Y) juga nampaknya terus unggul apabila sekali lagi berjaya mempertahankan kedudukan mereka sebagai program paling menjadi pilihan utama di waktu pagi dengan catatan 2.2 juta pendengar.menceriakan pepagi anda dengan celoteh gamat mereka bertiga. Pasti korang tersenyum tergolak-golak dalam kereta ketika memandu ke opis...ai likeeeee

Kredit by: BH 07102010

Nota Hati: sinar.fm totap dihatikuuu....

Tuesday, May 18, 2010

SINAR FM - Stesen No. 1 Pilihan Rakyat Malaysia

Jumaat lepas kalau korang perasan dalam berita ada mengatakan sekarang stesen radio Sinar FM telah melonjak naik menjadi stesen no.1 pilihan rakyat di Malaysia...wahhh sungguh mengujakan aku!

Sememangnya aku adalah pendengar tegar stesen radio Sinar FM sejak dari dulu....walaupun dikenali sebagai stesen radio retro terbaik sepanjang zaman telah membuktikan diuskai oleh masyarakat terutama seawal jam 6 pagi beroperasi sambil mendengar coleteh & info-info sambil mengiringi aku untuk bersiap-siap ke pejabat...diterajui team sinar pagi iaitu Khairil (Krill), Salleh Yaakob (SY) & Raja Azura (KE) benar-benar menaikkan rating pendengar paling tinggi di waktu pagi.

Segmen oleh Abby Fana juga salah satu tarikan kepada aku..selain jam 10 sembang sinar...setiap petang sabtu menarik minat aku jugak...teringat zaman sekolah-sekolah dulu...nostalgia

Apa yang aku suka sinar pagi adalah tentang isu-isu yang dibangkitkan...dari rumah..masuk kereta..memandu terus ke pejabat membuatkan aku ketawa mahupun tersenyum sendiri...tapi yang pasti jika Sinar FM mempertahankan kedudukannya dengan tarikan tersendiri tak hairan dimasa akan datang Sinar FM mampu berdiri gah di trek yang sama..

Apa yang diketahui berikut kedudukan fofular stesen radio sekarang..seperti kajian AC Nielson..

1. Sinar FM
2. Era FM
3. Hot FM

So...korang pendengar stesen radio yang mana yerr...??

Nota Hati: berlagu riang..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...