Entry semasa Sambutan Maulidur Rasul tempohari...
Terima kasih kepada Dato' & Datin atas jemputan ke rumah beliau pada 25.1.2013 yang lalu sempena Sambutan Maulidur Rasul bertempat di kediaman beliau di Seksyen 7 Shah Alam sana...
Semasa menerima mesej daripada Dato' yang juga dikenali dengan gelemer Pak Engku pada pagi hari kejadian...terkejut jugak sebab sebelum ini ada juga menerima undangan majlis lain dari Pak Engku tapi tak dapat menhadirikan diri atas sebab-sebab tak dapat dielakkan...tapi pada hari ini....aku cuba mengejar masa balik dari opis...after maghrib baru aku bergerak ke sana.....
Sesat barat jugak aku ke sana nun di Seksyen 7 tuh....bila dah jumpe Seksyen 7 tang nak mencari rumah tuh...berpusing-pusing..masuk simpang nih..kuar simpang sana......sampai terlepas ke Seksyen 8...dah nyaris-nyaris nak masuk Taman Pertanian sana..sib abek tutup gelap gulita ko...seremmm mak nak! :D
pasangan yang ceria menerima tetamu dengan senyuman dan celotehnya...veri friendly
dapat parking betui-betui depan rumah..so tak ada lah menapak jauh sangat....wowww...rumah Pak Engku ala-ala I-City u...haibatt..kaler-kaler...meriah uols
sebelum ini melihat kediaman Pak Engku nie melalui FB jer...dah depan mata memang cantik...moden campur senibina kampung...ada rumah kayu ditepi banglo Pak Engku nie.....mengimbau dan merasai suasana kampung....best!...barang-barang didalamnya pun antik-antiik...konsep yang sama untuk suasana rumah kampung...
siapa yang tak kenal dengan nama ini....baik ko gie main jejauh...hehehehe
Majlis kawin lisa surihani yusri ...scha & awal..ella (sekadar menyebut yg terlintas nama)..semuanya catering daripada Kuzie Catering...kira Pak Engku ini dah senonim dengan artis-artis...menteri-menteri kenamaan dan kerabat-kerabat raja sultan bagai...termasuk di Brunei....abeh takan Sultan Brunei panggil Pak Engku ke sana semata-mata kerana kueyteow yang super duper sedap gitu kan....
pada malam itu kumpulan Rabbani membuat persembahan..begitu juga dengan kumpulan nasyid dari kumpulan kaum wanita...kira pada malam itu semua persembahan berunsurkan ketuhanan....syukran..
Salah satu menunya...nasi putih..ayam goreng berempah..gulai kawah, telo itik masak lomak, rendang tok, tempe goreng, sayur fucuk + soohun ala-ala goreng kering cam stail jawa tuh...lupa plak namanya..adusss...semuanya sedap!..memang taste kampung arr
pecal kan
gulai kawah...gulai kari daging + rebung
ulam-ulaman
kuih-muih
pulut, pankek cicah ngan serawa durian...perhhhhh pitam...
sedap hingga ketitisan terakhir serawa durian tuh...
my fren masih menakluki menu-menu yang dihidangkan...kalau leh semua nak rasa...tapi peyut dh sengkak
Sebelah belakang sana ada juga gerai-gerai kecil...ada beehon sup...apam balik..putu mayam sebagainya
disebelah hadapan rumah...ada gerai-gerai mee, kueyteow, mee kari dan sebagainya...kira dikelilingi oleh gerai-gerai kecil yang mencomel untuk berjalan-jalan sambil memilih nak makan apa...
Konsep malam itu adalah jubah...dengan aku memakai jubah....comel!*matik puji diri sendirik..hahahahha!
kelihatan Mak Engku melayan tetamu diluar rumah..
tuan rumah yang begitu sibuk melayan tetamu
kalau aku pakai heel nie...seminggu tak leh bangun...sakit pinggang..hehehehhee
paling tinggi pun heel aku pakai zaman-zaman rumaja dolu-dolu 3 inci jer....sekarang pakai flat jer...atas faktor umo *remaja purba suda...hahahahaha
paling tinggi pun heel aku pakai zaman-zaman rumaja dolu-dolu 3 inci jer....sekarang pakai flat jer...atas faktor umo *remaja purba suda...hahahahaha
suka nengok lampu nih...veri d kristal...
Razis Ismail...korang kenal tak? penyanyi ditahun 80an...sezaman dengan aku...*opssss..hahahahhaa
Pak Engku bersama seniwati Mariani
Seniwati Mariani ketika dimeja kami...beliau bersembang ketika filem labu labi..beliau memegang watak manisah anak Hj Bakhil...manisah kerjanya menjahit sampai kol 12 malam....sampai P. Ramlee tergila-gilakannya....menjadi rebutan labu & labi.. :D
ketika dalam filem itu...beliau berumur 26 tahun tapi dah ada anak 6 orang...ko hado? :) Tergelak-gelak kami dengar beliau bercerita semasa berlakon filem dulu-dulu bersama P. Ramlee....aku pun tak lahir lagi pada tahun tuh...:'(
Dahulu dikenali Aida Rahim..then Aida Radwill...sekarang mahu dikenali sebagai Aida Khalida...
Aku memang suka lakonannya...cara sebutan dialognya paling aku suka...tiap-tiap butir bicaranya lain dari lain dengan nada dan caranya.....kalau dalam drama aku nengok tinggi orangnya...bila dah berhadapan..bergambar bersama...aku lebih tinggi darinya...sebab malam tuh beliau tak pakai heel...hikhik
Kepada Dato' dan Datin....semoga bertambah maju dan sukses dalam business...ameenn. Terima kasih sekali lagi kerana sudi menjemput saya bersama teman....majlis yang serba sederhana tapi meriah...makanan yang sedap...yang penting layanan mesra yang diberikan kepada kami dan tetamu-tetamu lain....In Shaa Allah...jika ada undangan lagi..ingin sekali turut sama... :)
Nota Hati: rezeki yang diperolehi dikongsi bersama..berkat tuh...:)
No comments:
Post a Comment