Berakhirnya pengharapan jutaan harapan dan sokongan kepada atlet-atlet yang bertanding di Olimpik London 2012
meh kita sesama memberi sekalung tahniah buat mereka-mereka ini yang mengharumkan nama Malaysia di mata dunia walaupun ada yang kecundang tapi sekurang-kurangnya mara ke separuh akhir dan akhir pertandingan...
dalam semua game....paling aku terasa badminton final antara Datuk Lee Chong Wei (LCW) vs Lin Dan (China)
memang leh heart attack masa menontonnya... tahniah buat LCW atas kemenangan walaupun silver medal tapi sungguh membanggakan kita semua. Di akhir pertandingan perasan berbaur sedih, sebak melihat kekecewaan di riak wajah LCW kerana gagal membawa pulang emas untuk Malaysia :'(
kalah dipertandingan tapi MENANG di hati rakyat Malaysia...tahniahh!! :)
aku setuju-setuju bonar dengan komen ESPN diatas....*clap clap
Pandelela Rinong...tahniah!!...
walaupun sekadar meraih bronze medal.....berkibar sekali lagi bendera Malaysia selepas badminton :)
Azizulhasni Awang aka 'The Pocket Rocket Man' biarpun tewas....
bangga aku melihat beliau adalah anak melayu antara 6 terbaik di dunia..tahniah!!!
p/s: buat semua atlet Malaysia yang bertanding di Olimpik juga diucapkan tahniah kerana mampu dan layak ke Olimpik walaupun tidak membawa sebarang pingat...so next di Brazil kasi energy lebih okeh :P
Nota Hati: Next Olimpik kita jumpe dibumi samba...:D
No comments:
Post a Comment