Monday, March 1, 2010

Mangiamo Cafe Putrajaya...Hi-Tea yang mendamaikan..

Hehehe..tajuk n3 bikin geli-geli manja keti korang bila baca kan....
nie kisah sabtu lepas...tak ada nak buek apo kat umah..maka bercalling-calling ngabehkan kredit memasing..sepakat membawa berkat membawa kitaorang ke sini. Sesaje menyedapkan tekak memasing sambil bergussip2 hal ehwal semasa...tet!

tempatnya...nampak tak?

pilihan minuman..untuk aku ..mesti arr green apple..my feverettt. Pilihan temanku adalah teh ais yang katanya begitu tersodap...iye ke?..kene coba next time nie..

lamb soup

pilihan aku..Noodle Cantonese..tp aku ganti kueyteow. Besau giler pinggan dia nie..kenyang ko keje nghirup kuahnya plus cili potong kicap..perhhhh

pilihan untuk orang yang lom sempat lunch katanya walaupun ketika ini jam sudeh kol 4...ekeke

Nota Hati: Makan untuk hidup..atau hidup kene makan?...korang rasa?

Perihal Botak Chin & Kueyteow Kerang

Turutan selepas nonton Natrah...jam 6.00 petang di Cenel 105 astro prima..aku duduk nonton "Suatu Masa" kali ini pengisahan kisah trajedi penjenayah tegar masa dolu...walaupun aku tak kenal dia..tapi bila sebut Botak Chin semua orang tahu kisahnya...apatahlagi tempat aku bertugas sekarang ini di bidang berhubung kait orang-orang seperti ini....

Kronologi Botak Chin:
1967 – Mula terbabit dalam kumpulan Geng 360 di Kuala Lumpur dan melakukan jenayah kecil seperti mencuri. Memiliki senjata pertamanya revolver .22 lalu menubuhkan geng sendiri. Melakukan lapan rompakan pada bulan itu tetapi akhirnya ditahan polis dan dipenjara tujuh tahun.
Rompakan terbesar dilakukannya apabila melarikan RM218,000 dan menembak pengawal keselamatan yang membawa wang di Kelab Lumba Kuda.
Cuba membunuh pegawai kanan polis yang memburunya tetapi gagal.
Ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah kilang di Kuala Lumpur. Dua pengikut kanannya terbunuh dalam pertempuran dengan polis.
11 Jun 1981 – Maut di tali gantung di Penjara Pudu.

Ape kisah Kueyteow plak yeaaa???
sebabnya menonton sambil nyuap lerrr...ekekeke

pedasss pedasss tapi sodappppp...

sekian.

Nota Hati: seharian nonton tv..

NATRAH...

Siapa Maria Bertha Hertogh? korang tau?....Natrah?

NATRAH..nama yang cukup terkenal melalui kisah trajisnya....perebutan seorang anak diantara keluarga kandung dengan keluarga angkatnya..

Bila Teater Natrah dipentaskan di Istana Budaya (IB) tempohari aku tak berkesempatan pergi menontonnya...dan semalam di TV1..ditayangkan teater ini jam 3 petang...teruja aku untuk menontonnya...awal-awal lagik aku dah tercongguk bersila atas sofa siap kopi o paneh se'mug...

keterujaan ai tau...suker sukerrr!..korang ado nengok citer nie semalam?

watak Natrah diterajui oleh Maya Karin...Remy Ishak (Mansor Adabi, suami Natrah) & Aminah (Umie Aida)




Natrah adalah peristiwa sebenar yang menggegar Singapura dan Tanah Melayu pada 12 Disember 1950. Ia berpunca dari keputusan hakim yang menuntut Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda, sekali gus memisahkan dari suaminya Mansur Adabi. Susulan dari itu tercetus rusuhan agama. Seramai 18 orang terbunuh dan 173 cedera apabila rusuhan tercetus berhampiran padang dekat mahkamah. Kereta dan bangunan dibakar. Mana-mana warga British di Singapura diserang. Itulah realiti yang mendasari Natrah sebagai peristiwa berdarah di Singapura.

Nota Hati: trajedi trajis yang menjadi sejarah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...