Wednesday, November 30, 2011

Wordless Wednesday #5/11

hurmm....grggrgrgrgr*ketap gigi

Nota Hati: selalu dihati..

Saturday, November 26, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H...

Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharram serta merupakan hari pertama dan tahun baru bagi Takwim Hijrah

Doa akhir tahun ~ Dibaca 3x pada akhir waktu asar sebelum masuk waktu maghrib p[ada akhir bulan Zulhijjah.

Doa awal tahun ~ Dibaca selepas maghrib 3x pada malam 1 Muharam.

Saya Orchid aka Nur mengucapkan selamat tahun baru hijrah 1433H buat semua pengunjung blog picisan ini yang mengenali mahupun silent2 reader... Semoga kita semua akan menanam azam dan muhasabah diri untuk kehidupan hari depan dan seterusnya yang lebih baik daripada hari ini dan semalam.. bersama-sama mengeratkan ukhuwah, sama-sama perbaiki mutu kehidupan kita untuk masa kini dan untuk masa-masa akan datang...aminn

NOta Hati: semoga aku diberikan kekuatan...jika itu milikku...Kau permudahkan segala2nya..amin

Wednesday, November 23, 2011

Bila Harimau membaham Garuda....candid-candid memories final bolasepak Sukan Sea 2011....Congrats Harimau

Tahniah buat skuad Harimau Malaya kerana memenangi pingat emas bola sepak di temasya Sukan Sea...

Jom layansss...sekitar perlawanan yang bikin jantung korang berdegup kencang kan...harusss jangan tipu okeh..:P

sebab aku pun dalam situasi yang sama pada malam game itu..hahahhahaa

tahniah harimau malaya

penyokong skuad malaysia

Dalam kemeriahan perlawanan akhir bolasepak berberapa kejadian tidak diingini berlaku....harap-harap malaysia tidak berlaku perkara sebegini..







" ANGGOTA polis mengeluarkan penyokong Indonesia yang ditemui tidak sedarkan diri selepas terbabit dalam rempuhan ketika mereka berasak-asak untuk masuk ke stadium bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. Dalam kejadian itu, dua peminat tempatan disahkan maut dan seorang budak lelaki berusia sembilan tahun yang terjatuh dilaporkan koma..". - Sumber AP

saat meraikan kemenangan

penyokong yang setia menanti di LCCT sewal pagi...



lautan para penyokong membanjiri LCCT...meraikan kepulangan skuad HM...

Dengarnya setiap pemain skuad Harimau Malaya bakal menerima RM30 ribu setiap seorang.

Nota Hati: tamat sudah debaran..

Wordless Wednesday #4/11


Dia juga seperti kita untuk disayangi... :)

Nota Hati: berjauh hati..

Thursday, November 17, 2011

Aidiladha di Putrajaya...

Kisah dah basi...boleh aku terlupe kisah raya kan..
oklah nanak mau bebel-bebel..korang layan jer la..gambar-gambar yang bikin ko panas ...hish!

raya haji aka aidiladha baru-baru ini disambut di rumah aku jer..maklum arr anak-anak mak abah semua tak dapat cuti katanya...tak kisahlah sangat sebab raya haji jer kan...kalau raya puasa harus mak sentap kalau tak balik kampung...itu wajib..raya aidilfitri..mesti kt kampung...
kalau idak tak berasa suasana saya disini...

paling aku teruja dan sangat terharu..abah sanggup anyamkan daun kelapa ini untuk buat ketupat...gigih okeh disebabkan aku....dolu aku penah cakap..kalau raya tak ada ketupat daun ini serupa tak raya....so aku tak sangka abah masih ingat kata-kata aku itu....macehhh abah!! ;)

iyea la org sekarang mudah ajer ketupat segera peket-peket sudah kan.....so aku masih old pesen ok....

cantik jer kaler daunnya kan...sedap mata memandang

selepas siap direbus...

part paling best seisi keluarga...bila makan sebegini dapat berkumpul semua...meriuh..mulut tk henti pot pet..seronok nengok dorang makan

aku sempat buat mee kari..sebagai sepecel hidangan raya...sebab aku suka mee kari...
gigih masak..terima kasih gak kt abah dengan dak ijoi (anaksedara) ..sebab oper diri kopek
kerang...tak ada kerang..tak besh ok..

teman-teman opis yang sudi datang beraya
...tangan di pinggan..mata di tv...hehehehe :P

rendnag daging

ayam masak merah

ketupat

sayur lodeh..orang johor..wajib ada lauk ini

lemang...my feveret


sedap..

my feveret too

sampai masa untuk mereka pulang ke pangkal jalan...byeee

Nota Hati: gembira bersama mereka..

Wednesday, November 16, 2011

Orchid's Junior...

Sebijik sejebon cam rupa aku katanya....
mata pun sama...
pesen rambut pun sama...
perangai pun sama...

siapa lagi kalau bukan waris-waris kita jugak kan...
bila aku tiada nanti...sekurang-kurangnya nak hilangkan rindu..boleh tengok dia nie.. ;)





Nota Hati: gembira bersama mereka2 ini..

Wordless Wednesday #3/11


speechless -->> kasih sayang tanpa sempadan

Nota Hati: tercipta untukku..

Monday, November 14, 2011

Masa Untuk Merehatkan Diri...Rest & Relex (29-30 Okt 2011)

Nak memulakan n3 ini memerlukan kesabaran okeh..

so kita layan dolu gambar-gambar ditempat kejadian...dimanakah percutian kali ini...

tunguuuuu...

senja kian berlabuh

padang golf

my room

saat diidamkan...swimming..






nantikan cerita selanjutnya selepas ini...bikin happening okeh..

Nota Hati: take time...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...