Tuesday, August 23, 2011

Terima kasih awak... ;)

Nih sepecel untuk awak...*tettt

Seronok bila dapat kad raya camnie...teruja siot...aku suker kad-kad raya nih...

walaupun zaman skg semuanya dihujung jari...tapi kad sebegini totap menjadi pujaaan hatikuuu..hahahahha

besau gedabak kad ini okeh..

suker kaler hijaunya..sweet sgt...yang penting siap ada sampul berharga gituu...tapi sayang seribu kali sayang...duit raya tuh bukan untuk aku...tapi untuk budak bulus kat rumah itu...suekr ko omei ada orang bagi duit raya kann *sentappp

eh ngan kucen pun aku emo ker..hahahahahhaa..dulikk!

terima kasih bebanyak yer awak...tahun depan hantar ler lagi...hikhikhik*kelip2 mata

Nota Hati: hati munge2... ;)

Mati lemas dipercayai ditolak bapa sendiri...

KLUANG - Tiga kanak-kanak meninggal dunia dipercayai akibat lemas selepas ditolak ke dalam sebuah kolam takungan air oleh bapa mereka dalam kejadian di Ladang Lambak/Elaeis, Jalan Mengkibol, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd. Fawzi Arshad berkata, dua kanak-kanak perempuan berumur tiga dan lima tahun serta adik lelaki mereka, berusia dua tahun, dipercayai ditolak ke dalam kolam kira-kira 500 meter dari rumah mereka pada 7.30 malam.

"Ketiga-tiga beradik itu dipercayai dibawa ke kolam berkenaan oleh bapa mereka yang berumur 29 tahun dengan alasan untuk memancing ikan sebelum ditolak dan mati lemas,” katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang, di sini, hari ini.

Mohd. Fawzi berkata, pusat kawalan IPD Kluang menerima maklumat kejadian itu daripada orang awam pada 10.20 malam sebelum meminta bantuan pasukan Bomba dan Penyelamat Kluang bagi melakukan gerakan mencari dan menyelamat mangsa.

Beliau berkata, mayat kesemua kanak-kanak yang lengkap berpakaian itu ditemui kira-kira satu setengah jam kemudian. - Bernama

Kredit: KOSMO 23082011

Nota Hati: bila hilang sifat keperimanusiaan...

Wednesday, August 17, 2011

[ Gambar ] Kelahiran bayi yang ganjil...

Bayi ganjil seperti makhluk asing


GAMBAR menunjukkan bayi ganjil yang dilahirkan seorang ibu di sebuah hospital di Iyin Ekiti, Nigeria pada Khamis lalu.
















ADO EKITI - Seorang ibu berusia dalam lingkungan 30-an di Iyin Ekiti, Nigeria melahirkan seorang anak yang kelihatan seperti gambaran makhluk asing dalam filem, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Ibu itu yang sudah mempunyai dua anak, hamil selama 13 bulan sebelum dia melahirkan anak ganjil tersebut di sebuah hospital di sini menerusi pembedahan pada pukul 2.15 petang pada Khamis lalu.

Kelahiran bayi itu mencetuskan kekecohan di hospital berkenaan kerana beberapa pegawai perubatan membincangkan keganjilan bayi berkenaan.

Pesuruhjaya Kesihatan Negeri Ekiti, Dr. Wole Olugboji mengesahkan kelahiran bayi tersebut.

"Terdapat seorang wanita yang melahirkan seorang bayi ganjil di Hospital Besar Iyin. Bayi itu sudah meninggal dunia tetapi ibunya okey," katanya.

Menurutnya, ubat sedatif diberikan kepada ibu itu supaya dia tidak sedarkan diri selepas melahirkan anak tersebut bagi memastikannya tidak melihat anaknya yang ganjil.

Akhbar Vanguard mendapat maklumat bahawa suami wanita tersebut bersetuju supaya pengebumian dilakukan terhadap bayi ganjil itu dengan segera.

Satu sumber memberitahu akhbar tersebut bahawa bayi ganjil itu mempunyai dua mata yang membonjol dan beberapa helai rambut di dahinya.

Bayi itu tidak mempunyai otak.

Satu lagi sumber menyatakan bahawa bayi itu terlalu kecil semasa dilahirkan.

Kredit: KOSMO 17082011

Nota Hati: KuasaNya..tiada siapa mengetahui..

Monday, August 15, 2011

From my small kitchen: Menu berbuka #13....Beehoon Goreng Udang

Yeszeaaaa..kita tayang makanan lagik..selagi tak abeh puasa nie..korang tahan napas jer la nengok gambar-gambar nie....glurp! hehehee

Ini menu sabtu malam aritu...tekak nk makan meehoon plak..kali nie aku 'banjirkan' ngan udang..sampai aku tk terabeh udang-udang tuh..hehehee gila mentamak ok..*not gud yerr..elakkan pembaziran

walaubagaimana pun...aku bangga sebab sehingga ke hari ini..aku masih lom menjejakkan kaki ke PARAM aka bazae ramadhan..hehehehe*clap clap clap

Beehoon goreng udang...

Nota Hati: dah ujung-ujung puasa semangat masak masih membara...mmgu depan?..wait n see tahap kerajinan aku camner k..

Saturday, August 13, 2011

From my small kitchen: Menu berbuka #12..Asam Pedas Ikan Parang

Ini menu malam tadi..asam pedas ikan parang wit bendi...

feberet mak abah den yo....orang johor kalau tak pekene masakan ini tak sah kan..



Nota hati: hajat nk mengirai..tapi bila erk..hurmmm

Thursday, August 11, 2011

From My Small Kitchen: Menu berbuka #10

Menu berbuka semalam...ikan pari bakar masak lomak cili api + sayur campur...

siap sedia untuk di ngap..;)



Nota Hati: mak pesan kalau memasak itu biarlah dengan keikhlasan..bru rasanya sedap.. :)

Wednesday, August 10, 2011

From My Small Kitchen: Menu berbuka #9



Menu berbuka semalam (hari ke-9)...siakap double 's'.. (sweet sour) ;)

sonang 2 in 1 jer terus...tak payah masak lauk lain..makan ngan nasi panas-panas..yumii

Nota Hati: masih mampu bertahan..

Berita Mengejutkan Kanak-Kanak Meninggal Dunia Selepas Berbuka..

KLANG 9 Ogos - Seorang kanak-kanak perempuan meninggal dunia setelah muntah dan cirit-birit selepas 12 jam berbuka puasa, manakala keluarganya dimasukkan ke hospital selepas mengalami simptom yang sama.Bapa mangsa Mohamad Ali Khir, 37, berkata, Nurdini, 11, dan keluarganya berbuka puasa dengan otak-otak serta air batu campur yang dibelinya di sebuah Bazar Ramadan berhampiran rumah mereka di Taman Seri Mewah, Fasa 2, Meru dekat sini, Ahad lepas.

"Kira-kira setengah jam selepas berbuka dengan juadah berkenaan, perut saya mula berasa tidak selesa, dan kira-kira sejam kemudian kami sekeluarga dan pembantu rumah mula muntah-muntah dan cirit-birit sehingga tidak larat untuk bangun ke bilik air,” katanya kepada pemberita di Hospital Tengku Ampuan Rahimah hari ini.

Selain Nurdini, anggota keluarga Mohamad Khir yang mengalami simptom sama ialah isterinya, Noraliti Ramli, 37, empat lagi anak mereka iaitu Mohammad Syafiq, 14, Mohammad Irfan, 13, Mohammad Fitri, 8, dan Mohammad Hazimi, 3, serta pembantu rumah yang dikenali sebagai Pati.
Beliau berkata, Nurdini dijumpai terlentang di bilik air pada 6.10 pagi semalam dengan suara dengusan kuat seperti lembu disembelih, manakala mata mangsa terbeliak dan mulutnya berbuih.

Mohamad Ali kemudian membawa anak perempuan tunggalnya itu ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, dan sebaik tiba di situ, mangsa disahkan meninggal dunia.Beliau berkata, sehingga kini, semua anggota keluarganya dirawat di hospital itu dan doktor belum mengenal pasti penyakit yang mereka hidapi.
Katanya, sejak awal Ramadan, Nurdini meminta untuk menikmati air batu campur serta otak-otak, namun beliau hanya berkesempatan membeli juadah berkenaan Ahad lepas. Mohamad Ali berkata, jenazah Nurdini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru di sini selepas waktu Zohor, petang semalam.

Kredit: Blog Ustaz Mohd Khalil

Nota Hati: baik masak kat rumah lagik afdal


Wordless Wesnesday #3

hanya gambar menzahirkan kata-kata... ;)

Nota Hati: ;)

Tuesday, August 9, 2011

From My Small Kitchen: Menu Berbuka hari yang ke 7 & 8.....

Asik pending jer kan....from my small kicthen

so korang layan jer la..menu yang sempat aku masak untuk berbuka..cuma hari sabtu tuh jer off masak..;)

nih menu semalam..gigih balik korje terus masuk dapur untuk menyediakannya.... 6.45petang..aku dah leh nonton tv kasih Alia...hehehehee...veri d faster ok..


ini menu hari ke-7

Ikan jaket (cencaru) goreng + sambal sotong + ulam..simple & mudah... ;)

ini ngah roh datang mengila memasak..harap-harap berlanjutan sampai ujung ramadhan...insy'allah

Nota Hati: today menu ape erk..

Saturday, August 6, 2011

From My Small Kitchen: Menu berbuka hari yang ke 5

Dah 2-3 hari nyebut nak makan sup tulang....so semalam tertunai impian...perhh impian ler kunun kannn..hakhak

so faham-faham jer la sup tulang kan..nak nunggu empuk agak memakan masa lama...seawal sampai rumah dari opis.....terus sinsing lengan masuk dapur...ape-ape hal aku masak sup dulu..

yang lain xdek menu sepecel pun...juz nk berbuka sup tulang + telur dadar jer


malam tadik dalam kol 11 lebih..buleh aku goreng pisang plak..hehehehe

melayan tekak betui nih...dulik..daripada teringat nampak pisang dalam bakul tuh siang esoknya baik aku goreng sesiap malam nie...iye dok? ;)


nota hati: menu hari nie bikin seseorang kt UK tersentap sbb tergoda...hehehehe *ya ampunnnn

Friday, August 5, 2011

Ally Iskandar (TV3) putus tunang....

Sebelum ini aku ada post citer pasal dorang bertunang..meh click DISINI

Namun begitu perpisahan mereka adalah secara baik dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga ataupun kerana dilanda krisis besar. Antara mereka berdua tidak ada keserasian. Berikut ialah kata-kata Ally:-

Kami telah berusaha untuk menyelamatkan pertunangan kami tetapi tidak mencapai kata yang positif sehingga membuatkan kami mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan.Saya tak nafikan masalah ini meninggalkan kesan besar buat saya dan ia amat menyedihkan. Daripada dibiarkan melarat, lebih baik keputusan (memutuskan pertunangan) dibuat secara baik

trend plak orang2 popular putus tunang..sebelum nie kita dimeriahkan dengan berita-berita artis kawin..kali nie citer lain plak..

ada seorang hamba Allah nie cakap " bior putus tunang..jangan bercerai berai setelah berkahwin"..opsss sungguh berani stekmen itu..

Nota Hati: tunggu dan lihat

[ Gambar ]: Terapi yang boleh membunuh...hanya di Indonesia

Desperate, sick Indonesians use railroad 'therapy'

ada beran?

eiii..seram ok..bergogar kepala pakcik nie..hishh!

JAKARTA, Indonesia (AP) — Ignoring the red-and-white danger sign, Sri Mulyati walks slowly to the train tracks outside Indonesia's bustling capital, lies down and stretches her body across the rails.

Like the nearly dozen others lined up along the track, the 50-year-old diabetes patient has all but given up on doctors and can't afford the expensive medicines they prescribe.

In her mind, she has only one option left: electric therapy.

"I'll keep doing this until I'm completely cured," said Mulyati, twitching visibly as an oncoming passenger train sends an extra rush of current racing through her body.

She leaps from tracks as it approaches and then, after the last carriage rattles slowly by, climbs back into position.

Pseudo-medical treatments are wildly popular in many parts of Asia — where rumors about those miraculously cured after touching a magic stone or eating dung from sacred cows can attract hundreds, sometimes thousands.

That may be especially true in Indonesia, where chronic funding shortages and chaotic decentralization efforts since the 1998 ouster of longtime dictator Suharto have left many disillusioned with the state-sponsored health system, said Marius Widjajarta, chairman of the Indonesian Health Consumers Empowerment Foundation.

Medical experts say there is no evidence lying on the rails does any good.

But Mulyati insists it provides more relief for her symptoms — high-blood pressure, sleeplessness and high cholesterol — than any doctor has since she was first diagnosed with diabetes 13 years ago.

She turned to train track therapy last year after hearing a rumor about an ethnic Chinese man who was partially paralyzed by a stroke going to the tracks to kill himself, but instead finding himself cured.

It's a story that's been told and retold in Indonesia.

Until recently, more than 50 people would show up at the Rawa Buaya tracks every day. But the numbers have dropped since police and the state-run railroad company erected a warning sign and threatened penalties of up to three months in prison or fines of $1,800.

No one has been arrested yet, and none of the participants in train track therapy has died.

But the dedicated dozen a day who still come say they have no plans to stop.

"They told us not to do it anymore, but what else can I do," said Hadi Winoto, a 50-year-old stroke victim who has trouble walking.

"I want to be cured, so I have to come back."

Kredit: Yahoo News 04082011

Nota Hati: macam hal ini orang...cari malang namanya nih..korang jangan lakukan ok..bahaya

[ Gambar ] 'Hamil' setiap kali selepas makan...

Gadis 'hamil' setiap kali selepas makan


[kiri]KERRI DOWDSWELL semasa dalam keadaan normal.
[kanan]PERUT Kerri Dowdswell membesar selepas dia makan.

CANNOCK, Britain - Perut seorang gadis, Kerri Dowdswell akan membesar seperti dia sedang hamil setiap kali selepas makan, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, perut gadis berusia 23 tahun itu akan kembali kepada keadaan normal beberapa jam selepas itu.

"Saya kerap kali ditanya bila akan bersalin dan ia agak tidak menyelesakan apabila berada dalam keadaan seperti ini," katanya yang berasal dari Cannock, Staffordshire.

Masalah tersebut membuatkan dia terpaksa memakai seluar untuk ibu bersalin setiap kali keluar makan.

Setakat ini, doktor-doktor masih bingung kerana mereka masih tidak mengetahui punca kejadian itu.

Kerri menghidap penyakit itu semasa dia mendapat haid buat kali pertama.

Menurut gadis itu, perutnya akan membesar dalam tempoh 15 minit semasa dia makan.

Namun, katanya, ada ketika perutnya mengambil masa selama beberapa jam selepas waktu makan untuk kelihatan seperti wanita hamil.

Kerri berkata, perutnya itu akan kembali normal beberapa jam selepas ia membesar. - Agensi

Kredit: KOSMO 04082011

Nota Hati: tiap kali makan..terus jadik lemak tepu...camner tuh..hish ;)

[ Gambar ]: Datuk Bandar Lithuania guna kereta kebal untuk sampaikan mesej..

Arthuras Zuokas, Datuk Bandar Vilnius, Lithuania (berkot hitam)

Lithuania: Seorang datuk bandar Eropah Timur kecewa dengan orang ramai yang meletakkan kereta mewah mereka di lorong-lorong basikal secara haram di bandarnya telah menaiki sebuah kereta kebal untuk memastikan mesejnya didengar dengan “kuat dan jelas.”

Arturas Zuokas, datuk bandar Vilnius, ibu kota Lithuania, telah mengeluarkan satu rakaman video yang menampilkan dirinya di tempat kawalan sebuah kereta kebal lapan roda menggelek dan menghancurkan sebuah kereta Mercedes Benz yang diletakkan secara haram di lorong basikal.

Apabila pemilik kereta keluar daripada sebuah kedai dan melihat kerosakan yang berlaku, Zuokas menjabat tangan pemilik tersebut dan memberitahunya, “Lain masa,letakkan kereta anda secara sah.”

“Datuk bandar Zuokas inginkan mesejnya terang dan jelas menyatakan bahawa bandar itu tidak akan bersabar dengan tingkah laku biadab dan tidak tahu malu oleh pemandu yang tidak mematuhi peraturan meletakkan kereta.” jurucakap Zuokas, Irma Juskenaite memberitahu U.K Guardian.

“Datuk bandar berharap dia tidak perlu lagi mengulangi ‘persembahannya’ supaya semua pemandu mengendahkan mesejnya, walaupun dia mengatakan yang dia bersedia untuk berbuat demikian,” katanya.

nak nengok video semasa melanyak kereta2 mewah itu..click SINI

p/s: agak2 kalau kt sini terutamanya di kawasan KL...Datuk Bandar KL mampu buat tak? ;)

NOta Hati: tindakan yang berani

Thursday, August 4, 2011

Akhirnya diSAHkan Butter Golden Churn TIDAK HALAL....so maknanya HARAM lah..

Kini telah SAH bahawa butter nih HARAM...sekian.


sila click untuk tumbesaran...


ramai peniaga kek lapis sarawak mengalami kerugian ketika ini..stok-stok jualan mereka terpaksa dibuang...begitu juga dengan sifu-sifu baker's..nampaknya butter nih masuk tong sampah lerr....

aku penah nengok butter nih kat pasaraya...tin kecik tuh ajer harganye berbelas-belas gak la..

kepada korang termasuk diri aku jugak..berhati-hati...kerana makanan yang kita makan akan menjadi darah daging kita kan...renung-renungkan & selamat beramal..

Nota Hati: jenuh plak lepas nih nak selidik berteleku depan rak pasaraya check setiap product.. ;)

[ Berita ] Kaki..organ dalaman manusia dalam mangkuk tandas

Kaki, organ dalaman dalam mangkuk tandas


ANGGOTA polis mengangkat mayat yang telah dipisahkan beberapa bahagian badan yang ditemui di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas, Ampang Jaya semalam.

AMPANG JAYA – Tragis dan meloyakan. Itulah gambaran yang boleh diberikan terhadap penemuan mayat manusia yang telah dipisahkan dengan sebelah kaki dan beberapa bahagian organ dalamannya dibuang ke dalam mangkuk tandas di sebuah rumah di Blok Chryssa, Apartmen Astaria, Taman Kosas di sini semalam.

Sebelum penemuan mayat itu, penghuni di blok itu mengadu terdapat bau yang kurang menyenangkan di kawasan sekitarnya.

Menyedari perkara itu, pihak penyelenggara apartmen telah membuat pemeriksaan di sebuah rumah kosong di tingkat lima dan menemui kaki sebelah kiri dan beberapa bahagian organ di dalam mangkuk tandas di rumah tersebut sebelum bertindak membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pihak polis bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima maklumat daripada pengurus bangunan itu pada pukul 4 petang memaklumkan dia menjumpai kaki dan beberapa bahagian badan lain manusia di dalam sebuah rumah.

“Hasil pemeriksaan polis bersama pihak patalogi menjumpai sebelah kaki kiri dan organ dalaman manusia yang dibuang ke dalam mangkuk tandas.

“Berdasarkan maklumat patalogi, mayat itu dipercayai telah dibuang kurang daripada seminggu lalu,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian semalam.

Amiruddin berkata, turut ditemui bahagian lain badan mayat itu yang disimpan di dalam beberapa helai beg plastik.

Difahamkan, beg plastik tersebut ditemui tergantung di atas siling tandas dan diletakkan di beberapa ruang dalam tandas tersebut serta banyak kesan tompokan darah di dalam rumah itu.

Beliau berkata, setakat ini pihak polis masih menyiasat identiti dan jantina mayat memandangkan rumah tersebut tidak berpenghuni dan terbiar sejak 10 tahun yang lalu.

Kredit: KOSMO 04082011

Nota Hati: manusia sesama manusia semakin menakutkan...

Wednesday, August 3, 2011

Harimau Malaya: Safee Sali & Amirulhadi dihina oleh isteri ketua skuad Singapura...bikin panas!!

Safee tuntut isteri kapten Singapura mohon maaf secara terbuka.

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

AKSI Safee dan Amirulhadi ketika menentang Singapura dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia di Bukit Jalil pada 28 Julai lalu. (Gambar - sumber internet)

BELUM pun reda bahang saingan di antara Harimau Malaya dan Singapura, bulan lalu, sudah cetus satu lagi episod panas.

Penyerang sensasi negara, Safee Sali bernada kecewa apabila tampil menuntut agar Hidayah Shahril - isteri kepada ketua pasukan skuad Singapura, Shahril Ishak membuat permohonan maaf secara gara-gara membuat kenyataan berbaur penghinaan kepadanya dan rakan sepasukan, Amirulhadi Zainal selepas perlawanan antara Malaysia dan Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada 28 Julai lalu.
Hidayah menerusi laman Twitter peribadinya, menggelar Safee dan Amirul tidak ubah seperti monyet kerana percubaan melakukan tendangan lipat serentak pada perlawanan berkenaan.

“Saya cukup tersinggung dengan kata-kata isteri Shahril, apa lagi suaminya adalah antara sahabat saya yang turut beraksi di liga Indonesia. Malah Shahril juga meminta jersi saya selepas perlawanan tempoh hari sebagai tanda persahabatan kami, tetapi kenyataan isterinya amat menyinggung perasaan saya.”

“Kami memandang serius perkara ini kerana ia menyentuh keperibadian seorang pemain profesional negara,” kata Safee dalam satu kenyataan kepada media.

“Buat masa sekarang, kami belum memikirkan untuk sebarang tindakan undang-undang, tetapi cukup sekadar dia memohon maaf dan menyatakan kekesalannya kerana mengeluarkan kenyataan sedemikian serta berjanji untuk tidak mengulanginya pada masa depan.
Menurut Safee, memandangkan pasukan Singapura akan lebih kerap ke Malaysia musim depan, begitu juga sebaliknya, dia mahu isu ini diselesaikan segera supaya tidak timbul suasana tidak diingini apabila pemain terbabit kembali ke sini.

Sifat seteru antara Singapura dan Malaysia tidak pernah putus-putus dan terkini adalah selepas perlawanan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2014 zon Asia. Dalam perlawanan pertama Malaysia tewas 3-5 dan seri 1-1 dalam timbal balik di Bukit Jalil.

Kredit: BH 03082011

Nota Hati: bikin panas si todak nih...

[ Gambar ] Kucing miliki tompok seperti misai Hitler..



ANAK kucing yang memiliki tompok hitam di bawah hidung yang kelihatan seperti misai Adolf Hitler.

GODMANCHESTER, Britain - Seekor anak kucing diberi nama jolokan Kitler kerana haiwan itu mempunyai tompok hitam di bawah hidung yang menyebabkan ia kelihatan mirip misai bekas pemimpin Nazi dari Jerman, Adolf Hitler.

Anak kucing itu ditinggalkan di tepi sebatang jalan raya dan kini dijaga oleh sebuah pusat perlindungan haiwan di sini.

Ratusan pengunjung yang melawat pusat perlindungan haiwan itu enggan mengambil anak kucing tersebut untuk dipelihara kerana tompokan seperti misai tersebut.

Hitler memang terkenal kerana kekejamannya mengetuai pembunuhan kaum Yahudi semasa Perang Dunia Kedua. - Agensi

Kredit: KOSMO 03082011

Nota Hati: penchenta kucen

Wordless Wesnesday #2


Nota Hati: sila tahan napas..;)

Tuesday, August 2, 2011

From my small kitchen...menu berbuka 1st & 2nd days..

taraaaaaaa...hehehehe

ini menu berbuka untuk hari kedua...layansss jer la erk...;)

ayam masak kicap sempoi namanye...kepingin nk makan lauk nih

up kan lagi..sup fishball +kobis munge & sotong goreng tepung sikit...

alamak gambau nie kecik plak..arghh tk kuasa mak nk ejas2 lagikk...lantak..korang nampak kannn..*wink wink

nih menu berbuka hari pertama...ikan goreng berlado, bayam tumis ayor, kerang rebus & sambal kicap

Nota Hati: ngah merajin memasak nih...

Monday, August 1, 2011

[ Gambar ] Majlis Cukur Jambul Kembar Sazzy Falak...Iman Lily & Tiara Rose

Ini kisah lama majlis diadakan pada penghujung Jun aritu.majlis cukur jambul si kembar Sazzy Falak & Nazril Idrus...Iman Lily & Tiara Rose yang dilahirkan pada 28.8.11

aku suka sebab pink kaler dan konsep ala- ala fairytale gitu..so sweet bangat ;)






nota hati: sedap sejuk mata memandang...

Salam Ramadhan & Selamat Berpuasa kepada semua...

Ramadhan datang lagi..

Diucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin muslimat dimana jua berada...saya memohon ampun maaf jika ada kekhilafan tanpa disedari selama berblogging ini....bersama-samalah kita mengejar peluang dan ganjaran berlipat kali ganda dibulan mulia ini...semoga ibadah kita diterima dan diberkati olehNya...aminn

Nota Hati: rindu padanya..

[ Gambar ] Orang Utan paling gemuk telah berkurangan..diert yang menjadi

Berat Orang Utan paling gemuk berkurangan


BENTUK badan Orang Utan paling gemuk di Britain sebelum beratnya berkurangan 20 kilogram.


DORSET - Berat Orang Utan betina paling berat di Britain berkurangan sebanyak 20 kilogram (kg) selepas haiwan itu diberikan diet buah-buahan, sayur-sayuran dan senaman, lapor sebuah akhbar semalam.

Haiwan itu yang diberi nama Oshine mempunyai berat 100kg semasa ia tiba di Taman Dunia Monyet di sini pada tahun lalu.

Orang Utan itu gemuk kerana dia diberikan makan manisan dan gula-gula semasa dijadikan haiwan peliharaan di Afrika Selatan selama 13 tahun.

"Oshine masih perlu mengurangkan berat badan sebanyak 20kg hingga 30kg," kata pengarah taman itu, Alison Cronin. - Agensi

Kredit: KOSMO 01082011

Nota Hati: haiwan pun ada terlebey obessiti kan..

[ Gambar ] Kucing paling berat di dunia telah berkurangan..diet yang cukup berkesan

KUCING paling berat di dunia, Otto pada Januari lalu.

TRENTON, Amerika Syarikat (AS) - Seekor kucing paling berat di dunia, Otto mengalami penurunan berat badan selepas ia dihantar ke sebuah hospital haiwan, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Berat badan asal haiwan itu ialah 16.4 kilogram (kg) tetapi ia berkurangan lebih 2.3kg.

Haiwan itu mempunyai berat badan 13.4kg semasa ia dipamerkan dalam satu program televisyen msnbc.com pada Khamis lalu yang berjudul Today.

Kucing itu dihantar oleh pemiliknya ke sebuah hospital haiwan di New Jersey pada Januari lalu untuk menjalani prgram diet selama enam bulan. - Agensi

Kredit: KOSMO 01082011

Nota Hati: hehehee..arap2 omei tk jadik camnie ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...