Esok 01 Februari...setiap tahun diwartakan sebagai cuti umum bagi KL/Putrajaya & Labuan....so esok den cutiiiiiiiiiiiiiiii...yeiiihaaaaaaa
negeri yang berjiran ngan den..selangor dan nogri selamat berkojo ler yo..hakhak!
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
|
Esok 01 Februari...setiap tahun diwartakan sebagai cuti umum bagi KL/Putrajaya & Labuan....so esok den cutiiiiiiiiiiiiiiii...yeiiihaaaaaaa
negeri yang berjiran ngan den..selangor dan nogri selamat berkojo ler yo..hakhak!
| ||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||
|
Kami tumpang gembira bila mendengar yang hubungan keruh antara Rita Rudaini dan keluarga mertuanya sudah mula menjernih apabila kedua-dua pihak sudah menamatkan perselisihan faham yang tercetus hampir tiga tahun lalu.
Peristiwa air mata itu berlaku di Pusat Perubatan Prince Court, Jalan Tun Razak pada malam Khamis lalu apabila Aidil Zafuan, membawa ibu dan bapanya Azizah Arshad dan Abdul Radzak Salleh untuk menziarahi cucu mereka, Airit Rayyan Rizqin yang berusia dua tahun di pusat perubatan itu akibat demam panas.
Ketika tiba di pusat perubatan berkenaan, Rita telah meluahkan segala isi hati yang terbuku selama ini sehinggalah kedua-dua pihak bermaaf-maafan bagi menjernihkan segala kekusutan yang terjadi.
Paling menyentuh hati kami bila ibu Aidil yang juga ibu mertua Rita mengatakan “Emak sayangkan Rita. Mak restu perkahwinan Rita dengan Aidil,” sambil memeluk Rita dengan linangan air mata. Kalaulah ini dikatakan sejak dulu lagi, pastinya perselisihan faham antara mereka takkan berpanjangan.
Kredit by: zon sensasi
p/s: alhamdulillahh..akhirnya..kesabaran itu perlu
Nota Hati: tunggu fotoshoot kembar aidil & rita ayu raudhah..mesti gempakkk..
Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.
p/s: sebelum nie ada jugak aku publish n3 pasal pembuangan bayi...aku cukup marah..sedih..kasihan bila melihat anak-anak (bayi) tidak berdosa ini..kempen yang dijalankan seolah-olah tidak ambil pusing oleh manusia-manusia ini (manusiakah??..) tiada perasan akal hilang sifat keibuan sanggup membuang/melempar/membakar/pam dlm toilet...dunia semakin hampir ke penghujungnya...kasihani & sayangi anak sekecil ini...dia juga ingin melihat dunia seperti kamu....*sob sob sob
Kredit by: KOSMO 31012011
Nota Hati: hati kian terguris lagi...
Mangsa, Noraini Syazwani Abdullah, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan intensif di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar kira-kira jam 1.20 pagi selepas bertarung nyawa akibat melecur teruk.
Ketua Siasatan Jenayah negeri, Superintendan Nashir Ya, ketika mengesahkan kejadian berkenaan berkata, pihaknya menolak sebarang unsur jenayah berhubung insiden air panas itu.
Beliau berkata, bagi kes Noraini Syazwani, kejadian berlaku di kediaman keluarga kanak-kanak terbabit ketika ibu mangsa, 19, yang kini mengandung tujuh bulan dikatakan menuang air panas yang baru dimasak ke dalam balang.
“Syazwani yang ketika kejadian sedang bermain tiba-tiba menerpa ke arah ibunya, sebelum air panas tiba-tiba tertumpah secara tidak sengaja, lalu tersimbah ke badannya.
“Mangsa yang melecur teruk dikejarkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini, sebelum dipindahkan ke HSB beberapa jam kemudian. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia awal pagi tadi (semalam) selepas lebih tiga hari dirawat,” katanya di sini, semalam.
Nashir berkata, pihaknya menjalankan siasatan berhubung kes berkenaan berdasarkan laporan diterima dan mengesahkan kematian mangsa tidak membabitkan sebarang unsur jenayah.
“Polis percaya kejadian pada petang 24 Januari lalu itu berlaku atas dasar kemalangan serta kecuaian dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Kejadian ke-2.
Dalam kejadian berasingan pada hari sama Isnin lalu, seorang kanak-kanak berusia dua tahun parah terkena air panas ketika berada di pusat jagaan kanak-kanak di Repoh, Kuala Perlis, dekat sini dan sedang menerima rawatan lanjut di HTF. Nashir berkata, mangsa, Anis Syafiah Shukri, dilaporkan cedera pada paha akibat terkena air panas pada petang Rabu lalu.
“Kejadian itu disedari ibu bapa mangsa selepas dimaklumkan penjaga pusat asuhan terbabit ketika mengambil anak mereka di pusat jagaan berkenaan kira-kira jam 6 petang.
Berdasarkan maklumat awal, katanya, kejadian berlaku ketika mangsa bersama 10 kanak-kanak lain bersiap sedia untuk mandi di bahagian dapur pusat jagaan berkenaan, sebelum mangsa terlanggar meja dan terjatuh.
“Ketika itu, besen berisi air panas yang digunakan untuk memanaskan susu terbalik dan tertumpah ke atas paha kanak-kanak itu, menyebabkan perut dan tangannya melecur. Dia kemudian dibawa ke klinik kesihatan di sini, sebelum dirujuk ke HTF.
“Polis menerima laporan daripada bapa mangsa, Shukri Shuib, 36, mendakwa anaknya didera. Bagaimanapun siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan mengesahkan tiada sebarang unsur penderaan dan klasifikasikan sebagai kecuaian serta kemalangan,” katanya.
Kredit by: BH 28012011
p/s: kadang-kadang kita leka memasak didapur....secara tetibe tanpa disedari anak-anak ini suka terkam/menerpa secara mengejut...so ketika angkat periuk atas dapur mahupun mengisi air panas...toleh ke kanan kiri belakang untuk pastikan anak kita tiada bersama...ingatan ini untuk semua termasuk aku jugak...renung-renungkan & selamat beramal... ;)
Nota Hati: anak itu anugerah berharga yang diberi olehNya..
Trend itu yang popular dalam kalangan remaja, melibatkan barisan lampu LED dilekatkan pada gigi seperti pemakaian pendakap gigi.
Gigi yang dipakaikan dengan lampu LED itu akan bercahaya setiap kali pemakainya membuka mulut.
Produk itu boleh digunakan bersama komputer bimbit yang boleh mengubah cahaya pada lampu tersebut daripada hijau kepada merah atau menjadikannya berkelip-kelip. - Agensi
p/s: uiii dasat nih..sekali sonyum jerr...menyilau orang tengok ha...baguih gak pakai cenggini..kurang-kurang kalau blackout ada jugak emergency light..iye dok?..ekekeke
Kredit by: KOSMO 27012011
Nota Hati: kalau bagi pree LED 50 inci nak lah aku.. ;)